“Rizal seperti apo bini aku buat ni dah jadi mak org pun”- Netizen

Walaupun kita sudah menjadi ibubapa, tak semestinya kita tidak boleh bergurau senda atau berkelakuan kebudak-budakan kerana siapa yang akan bermain bersama anak kecil kita jika kita tidak bersikap demikian. Sikap keibuan, sikap manja dan bermain atau kebudak-budakan perlu ada sekiranya kita menjadi ibubapa kerana itulah yang akan membuat anak kita merasa selesa dengan sikap kita begitu.

Younarae, atau nama melayunya Maryam dan dikenali sebagai duriankimchi di instagram milik beliau bersama suaminya.

Suaminya, Rizal, mereka telah berkahwin pada tahun 2020 dan telah dikurniakan seorang cahaya mata bernama Rina, gabungan nama Rizal dan Narae.

Terbaru menerusi ig Maryam, beliau mencuba membuat silap mata dan dapat dilihat bagaimana raut wajah Rizal yang ingin mentertawakan beliau namun menahan ketawa.

Cara Maryam membuat silap mata memang menjadi, namun tiada yang terkejut malah kagum, tetapi kapsyen Maryam ialah terkejut tak , tiada yang terkejut pun Maryam..

Walaupun video tersebut bersahaja, namun video tersebut mendapat lebih 48 ribu sukaan. Ia menjadi tular walhal tidak apa yang istimewa namun ia istimewa kerana peminat menyukainya dan terhibur.

Meskipun beliau seorang yang berbangsa korea namun sikapnya yang sentiasa ramah dan suka belajar bahasa Malaysia membuatkan ia pelat dan tidak fasih, itu yang membuatkan beliau istimewa kerana loghatnya yang lain dari yang lain.

Rizal di belakang hanya melayan sahaja isterinya meskipun ingin tertawa melihat gelagat Maryam di depan kamera.

Mereka popular di instagram, kemudian kini telah banyak mendapat undangan di rancangan-rancangan tv dan astro.

Sumber: ig maryamyunrrr

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!