“Hang pakai spendaa celah kepala ka ecah oi” – Netizen

Si Cilik Aishah Dhia Rana yang merupakan satu-satunya anak perempuan kepada pasangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin kini sudahpun menginjak usia 6 tahun pada Disember tahun lalu. Semakin membesar wajah kanak-kanak tersebut semakin mewarisi kejelitaan ibunya. Aishah Dhia Rana yang juga mesra dalam kalangan netizen dengan panggilan Ecah juga kini sangat petah berkata-kata.

Ecah yang juga sudah memulakan sesi persekolahan adakalanya dilihat sedang membuat kerja sekolah dan dibantu ibunya. Telatah anak beranak itu juga turut mencuit hati apabila dikongsikan oleh ibunya itu menerusi instagram Ecah sendiri.

Sehingga kini instagram yang diwujudkan oleh ibu bapanya sejak Ecah masih kecil itu sudahpun mencecah 1.5 juta pengikut. Gelagat Ecah juga sering mencuri tumpuan netizen dan video-video si cilik itu juga mencecah ratusan ribu tontonan setiap kali dimuatnaik.

Instagram berkenaan bagaikan diari yang merekodkan aktiviti Ecah bersama keluarganya. Video terkini yang dikongsikan memaparkan gelagat Ecah yang membuat beberapa senarai barangan yang menjadi idamannya.

Permintaan tersebut dibuat kepada ibu bapanya apabila beliau sudah meningkat remaja kelak.

Bagaimanapun “baju” yang dipakai oleh Ecah menjadi perhatian netizen kerana jika diteliti Ecah sebenarnya tidak memakai baju. Malahan ianya adalah seluar daalam yang dijadikan baju.

Menjengah keruangan komen netizen rata-rata terhibur dengan gelagat Ecah itu. Tidak sangka panjang akal kanak-kanak tersebut yang begitu kreatif menjadikan seluar dalam sebagai baju. Berikut dikongsikan komen para netizen.

Ecah sekarang boleh bertutur dalam bahasa inggeris dan bahasa melayu dengan sangat baik walau hanya baru berusia 6 tahun.

Tengok lah sahaja video-video yang muatnaik oleh ibu bapanya di instagram, petah betul Ecah ni bercakap.  Ecah pun dah buat siap-siap senarai barangan idaman untuk Che Ta dan Zain ya. Pandai betul Ecah.

Sumber : ig aishah dhia rana

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!