“Ohmaii tu gnting sy buat gnting lada kering doc”- Netizen

Siapa yang tidak kenal dengan pasangan doktor yang juga merupakan angkasawan pertama negara iaitu Dr Sheikh Muzaffar dan Dr Halina. Pasangan doktor ini amat di kagumi oleh masyarakat. Tahun lalu mereka berdua telah di kurniakan sepasang lagi pasangan kembar. Menariknya pasangan kembar kali ini adalah sepasang iaitu seorang bayi lelaki dan seorang lagi bayi perempuan.

Dr Sheikh juga sudah mengumumkan nama mereka berdua iaitu Sheikh Eusoff dan Sophea Emilia. Pasangan kembar tersebut telah dilahirkan pada November tahun lalu.

Golongan ibu bapa yang mempunyai anak-anak kembar sememangnya menuntut mereka untuk mempunyai tahap kesabaran yang sangat tinggi.

Membesarkan anak kembar ketika waktu kanak-kanak merupakan cabaran besar buat ibu bapa namun setelah mereka semua sudah meningkat dewasa nanti ibu bapa pasti akan merindui pula kemeriahan dan suasana huru hara ketika mereka kecil bukan?

Menyingkap sisi kehidupan peribadi pasangan romantis ini, Dr Sheikh dan isterinya Dr Halina telah mendirikan rumahtangga pada Oktober 2010.

Pejam celik, dalam tidak sedar, mereka sebenarnya telah mendirikan rumahtangga selama hampir 12 tahun. Pasangan ini di kurniakan 6 orang anak iaitu 3 lelaki dan 3 perempuan.

Dr Sheikh kerap kali menerima soalan daripada para pengikut akaun media sosial yang terdiri dari golongan ibu bapa yang meminta Dr Sheikh berkongsi cara mendidik anak-anak di Instagram beliau.

Selain tidak lokek berkongsi pelbagai petua, nasihat dan pendapat, beliau juga telah menerbitkan sebuah buku tentang kaedah yang beliau gunakan untuk mengasuh dan mendidik anak-anak beliau daripada kecil sebagai rujukan buat ibu bapa diluar sana.

Ketegasan beliau menguruskan anak- anak seramai enam orang sering menjadi inspirasi masyarakat. Ternyata bukan mudah untuk mengawal gelagat anak-anak kembar lelaki beliau yang sedang membesar. Tidak kurang juga dengan bayi kembar lelaki dan perempuan yang juga masih perlu dikawal.

Menerusi hantaran terbaru Dr Sheikh di Instagram, beliau berkongsi satu video beliau memotong rambut anak bongsunya Emilia. Menurut Dr Sheikh rambut anaknya itu semakin panjang sehingga menutupi bahagian dahi dan mata.

Beliau kemudiannya mencuba untuk memotong rambut anaknya di rumah. Tulis Dr Sheikh lagi, beliau cuba berjimat sebanyak RM20 dengan mengguunting rambut anaknya itu sendiri.

Selain dapat menjimatkan wang dan meluangkan masa bersama anak, aktiviti ibu bapa bersama anak- anak ini juga boleh menjadi kenangan buat mereka berdua setelah anak semakin membesar kelak.

Gelagat Dr Sheikh mengguunting rambut Emilia mengundang tawa para netizen yang terhibur melihat Dr Sheikh memotong rambut Emilia menggunakan guunting dapur.

Ada sahaja adegan mencuit hati sekiranya golongan bapa menguruskan hal ehwal anak- anak mereka. Apatah lagi gelagat berkenaan turut di lakukan oleh angkasawan negara. Dalam insiden ini, Dr Sheikh juga tidak terkecuali.

Menjengah keruangan komen, rata- rata netizen merasa sangat terhibur melihat aksi Dr Sheikh sedaya upaya menggunakan kemahiran beliau memotong rambut Emilia menggunakan gnting dapur.

Pelbagai komen lucu juga turut di tulis oleh para netizen mengenai gelagat Dr Sheikh yang menjadikan gnting dapur sebagai guunting pelbagai fungsi.

Komen- komen netizen berkenaan turut mendapat perhatian daripada Dr Sheikh sendiri. Malahan Dr Sheikh turut membalas kembali komen netizen yang mengusik beliau dengan santai.

Menerusi video ringkas tersebut, Emilia di lihat sangat memberikan kerjasama kepada bapanya semasa sesi menggvnting rambut berkenaan. Meskipun menggunakan guunting dapur namun Dr Sheikh berjaya memotong rambut Emilia dengan baik. Syabas Dr Sheikh.

Sumber: ig dr sheikh muszaphar

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!