“Sumpah tkejut ingat isteri kedua Dato” – Netizen

Ramai yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan baru-baru ini. Bukan sahaja peniaga kecil malahan ahli perniagaan yang mempunyai pelbagai jenis perniagaan seperti Dato Aliff Syukri juga terjejas dek kerana PKP yang berterusan hampir dua bulan. Beliau juga meluahkan rasa sedih apabila mengumumkan bahawa salah satu bangunan perniagaan pr0duk kosmetik beliau telahpun dikosongkan kerana perniagaannya yang sangat terok terjejas.

Tidak berputus asa dengan ujian yang menimpa beliau, Dato Aliff tetap meneruskan perniagaan beliau yang lain seperti perniagaan makanan dan tudung.

Pelbagai cara dilakukan oleh para peniaga masa kini demi meneruskan perniagaan mereka. Disebabkan kekangan untuk mempromosikan barangan secara “offline” maka buat sementara waktu para peniaga terpaksa memanfaatkan sepenuhnya platform media sosial demi mempromosikan perniagaan mereka secara atas talian.

Tidak ketinggalan Dato Aliff juga menggunakan platform media sosial sepenuhnya untuk mempromosikan produk keluaran syarikat beliau.

Sepertimana para peniaga lain, menerusi instagram, Dato Aliff telah berkongsi sekeping gambar beliau bersama seorang model tudungnya. Hantaran berkenaan adalah bertujuan untuk mempromosikan koleksi terbaru tudung keluaran syarikat beliau.

Menurut Dato Aliff, koleksi tudung tersebut menerima sambutan yang menggalakkan saban minggu kerana mempunyai corak yang menarik serta harga yang berpatutan.

Walaupun hantaran Dato Aliff itu untuk mempromosikan tudung, namun disebabkan kedudukan Dato Aliff di dalam gambar yang berada sangat dekat dengan model tudungnya semasa merakamkan gambar promosi membuatkan netizen salah faham dan menyangka model tersebut merupakan isteri kedua Dato Aliff.

https://www.instagram.com/p/CRnYVFFpVSs/?utm_medium=share_sheet

Gambar tersebut benar-benar menimbulkan salah faham dalam kalangan netizen sehinggakan ramai yang membanjiri ruangan komen instagram Dato Aliff dan menegur mengenai kedudukan Dato Aliff di dalam gambar bersama model tudung beliau itu.

Bagaimanapun melihatkan gelagat netizen dalam mngalkan komen, ada juga yang secara seloroh menyokong sekiranya Dato Aliff berpoligami.

Berikut dikongsikan beberapa komen yang ditulis oleh para netizen terhadap gambar tersebut.

“Uish gambar pertama terkejut aku ingtkan Isteri baru, Boleh dato saya sokong” – Netizen

“Cntik tudung ke cntik org disebelah tu Datok? Mcm sama cntik sama padan je tu..Datin tk maarah ke tu?” – Netizen

“Alla model cantik jer bini. Kan Dato dah biasa posing mcm model dulu dulu lagii. Sporting lrr sikit. Datin pon lebih faham.. Mungkin itu salah sorang staff” – Netizen

“Dekatnye bergambar.. jgn laa ambik kesempatan dato.. datin shahida sejuta kali cantik dari model tu” – Netizen

“Pandai ya pancing org tgk next n next n next. Klu pix model tu sj, mungkin kita tak minat nak browse lg kan” – Netizen

Tak sangka ya ramai pula netizen yang salah faham dibuatnya kerana kedudukan Dato Aliff di dalam gambar tersebut. Sebagai seorang ahli perniagaan yang menceburi pelbagai bidang perniagaan, Dato Aliff sudah pasti telah berjumpa ramai model wanita yang bekerja bersama beliau untuk menggayakan tudung keluaran beliau.

Rasanya tidak timbul sebarang isu antara Dato Aliff dan Datin Shahida kerana Datin Shahida juga terlibat sama semasa sesi penggambaran untuk promosi tudung berkenaan. Ada-ada sahaja netizen ni jodohkan Dato Aliff dengan model tudung beliau sendiri pula.

Sumber : alifsyukriterlajaklaris

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!