“Ni kalau kena sergah yg dpn tu mahu dua2 terbang” – Netizen

Mendapat rakan sekerja yang sekepala memang seronok, apalagi jika jenis yang ‘masuk air’, pasti tak kering gusi dibuatnya. Bukan saja sesama mereka, kita yang tengok inipun kadang boleh terhibur menyaksikan gelagatnya. Seperti aksi dua sekawan ini iaitu pelakon, Didi Alias dan Azhan Rani, jika ditinjau perkongsian di medsos kedua-duanya, ada saja hendak ‘dikerjakan’ mereka.

Bagi peminat seni layar tempatan, tentu maklum akan mereka berdua yang sudah senior dalam bidang lakonan. Pasti telah lama berkawan. Dilihat daripada keakraban ditunjukkan, padanlah mereka sebegini.

Lihat saj4lah aksi Didi dan Azhan yang menaiki skuter mini ini. Ikutkan alat itu memang tak padan untuk mengangkut beban berat mereka berdua, tapi tetap juga ia ditunggangi. Terbeliaklah mata netizen.

Mana taknya, sudahlah saiznya kecil, tetapi ditunggang oleh Azhan sambil berdiri di hadapan, manakala Didi atau mesra membahasakan dirinya ‘mummy’ ini duduk di belakang. Agak mencuit hati gelagat mereka tatkala ia bergerak.

Sambil skuter itu bergerak, sempat siap menyanyi-nyanyi pula Didi di belakang. Seperti kapsyen di hantarannya itu, ‘Kami penghibur’, memang terhibur jugalah netizen yang melihat video itu.

Bahkan rakan-rakan artis seperti Elly Mazlein atau Kak Lina Pom Pom turut memberikan respons dengan men1nggalkan komen, ‘Buat halll ekkk’. Pasti Kak Lina juga dah maklum dengan perangai mereka berdua.

“Lawakkk lah mummy”, “2 ni mmg geng masuk air”, “Hahaha..dua2 xde ubat nk bg”, “Ni klu kena sergah yg dpn tu mahu dua2 terbang”, “Kami terhibur”. Itu antara komen netizen.

Difahamkan mereka berdua di set lokasi penggambaran drama bertajuk Cin4 Buta. Sudah sering digandingkan, bakat mereka bukan saja bab ‘masuk air’ ya. Kalau kedua-duanya bawa watak antagonis, boleh tahan juga.

Berusia 50 tahun, ibu beranak enam ini rupanya sudah menceburkan diri dalam bidang lakonan sejak  1988 lagi. Antara filem terawal lakonan Didi adalah Boss dan Kanta Serigala sebelum aktif di kaca TV.

Azhan, 46, pula memulakan kerjaya awal sebagai pelakon teater pada 1994. Dia seterusnya bergiat aktif dalam drama radio pada 2004. Azhan lebih popular dengan watak Ustaz Hamadi dalam drama Nur yang bersiaran di TV3 sepanjang Ramadan lepas.

Sumber : IG Didi Alias

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!