“Ini klu awk pakai mau kena kec4m ckp dlm bangunan tu tak hujan” – Netizen

Semakin berjalannya waktu, semakin bermacam-macam jenis fesyen baru yang dapat kita lihat. Para artis merupakan golongan yang lebih kenal dan faham tentang trend fesyen terkini tidak hanya dalam negara malah fesyen dari negara luar sekali pun. Jika dahulu fesyen lebih kompleks dan ringkas, berbeza pula dengan sekarang apabila fesyen dilihat sebagai suatu yang penampilan yang lebih berbeza dan lain daripada yang lain.

Penampilan penyanyi nombor satu negara iaitu Dato Siti Nurhaliza ini sememangnya sering mendapat perhatian ramai tidak kira dari kalangan peminat mahupun para artis. Tidak hanya berpakaian serba berjenama dan mahal, Tokti sememangnya mempunyai citarasa fesyen yang tinggi dan sering menjaga penampilan jika berada di tatapan umum dan khalayak ramai.

Walaupun pemakaiannya sering seiring dengan berjalannya fesyen semasa, tetapi Tokti masih menjaga kesopanannya dalam berpakaian dan tidak pernah mengenakan pakaian yang menjolok mata. Bukan hanya setelah memutuskan untuk berhijab, pemakaiannya yang sopan memang sudah diterapkan dalam diri sejak dari awal penglibatannya dalam dunia hiburan lagi.

Video kebersamaan suami isteri ini mendapat ratusan pujian dari peminat dan netizen yang senang melihat keromantisan antara Tokti dan suami iaitu Dato Khalid. Apa yang lebih menjadi tumpuan netizen adalah baju yang dipakai oleh Tokti di dalam video yang dimuatnaik olehnya di Instagram baru-baru ini.

Baju yang dikatakan persis seperti baju hujan ini mengundang ratusan komen memuji-muji kecantikan Tokti yang tidak dapat dinafikan walau hanya memakai baju seperti itu. Jika mereka yang bukan artis memakai baju seperti itu pasti sudah menjadi tular dek kerana pemakaian yang pelik walau hanya pergi ke pusat membeli belah.

Bukan itu sahaja, sikap ramah dan tidak somb0ng pasangan ini turut dipuji apabila Dato Khalid sendiri sanggup menurunkan pelitup mukanya bagi membalas kembali senyuman dari orang awam yang turut berada di pusat membeli belah itu.

Walau sudah sangat terkenal dan berjaya, terbukti bahawa kedua pasangan ini masih tidak meninggi diri dengan segala kejayaan yang dimiliki. Bukan hanya Tokti yang berjaya menuai pujian, malah Dato Khalid juga tidak terlepas dari pujian yang dikatakan kelihatan lebih muda dan segak berada di samping Tokti.

Agak-agak kalau orang biasa yang pakai baju macam Tokti pakai tu macam mana la rupanya ya. Dapat tak jadi cantik macam Tokti pakai. Memang sebiji macam baju hujan baju Tokti tu. Walaupun baju hujan mesti mahal juga harganya kan.

Sumber: Instagram Ctdk

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!