“Alisa dimana2 pun blh tidur haha”- Netizen

Selepas berlalunya pandmik cvd, ramai orang mengambil kesempatan dan peluang untuk bercuti tidak kira di dalam negara atau luar negara. Percutian adalah salah satu cara untuk menenangkan minda dan ‘self reward’ selepas penat berhempas pulas bekerja. Tidak terkecuali, keluarga Hairul Azreen dan Hanis Zalikha pun turut sama bercuti dengan anak-anak.

Hairul dan Hanis antara selebriti yang suka melancong ke luar negara setiap kali musim cuti bermula. mereka juga gemar berkongsi video tempat yang mereka kunjungi dan memberi pelbagai tips percutian.

Netizen suka melihat video dikongsi oleh Hanis dan Hairul sebagai rujukan mereka apabila ingin melancong ke tempat percutian tersebut.

Malah baru-baru ini, Hairul dan Hanis telah memilih New Zealand sebagai destinasi pelancongan mereka sekeluarga. Wah seronoknya dapat bercuti di kawasan pergunungan salji.

Video mereka bercuti di New Zealand telah mencuri perhatian ramai netizen. Siapa tak mahu pergi New Zealand kan? Sudah tentu semua mahu jejak ke negara yang cantik dan tenang itu

Melihat keluarga Hairul dan Hanis bercuti di Nee Zealand, ramai netizen ‘cemburu’ melihat mereka sudah sampai di sana. Beruntungnya keluarga kecil ini.

Alisa pun pertama kali melancong ke luar negara dan New Zealand adalah destinasi pertama buat Alisa. Bestnya kecil-kecil dah pergi New Zealand.

Gelagat Alisa yang comel ini membuatkan netizen suka melihat si cilik ini pergi bercuti ke luar negara. Alisa pun nampak behave je bila bercuti di New Zealand. Lebih best lagi apabila Alisa dapat merasai pengalaman naik helikopter sambil melihat pemandangan gunung ganang di New Zealand.

Sementara itu, video dikongsi Hanis telah menerima 1.3 juta tontonan dan 600 komen daripada netizen. Wah semua tengok Alisa ye tu hehe..

Selamat bercuti buat keluarga Hanis dan Hairul. Lepas ni boleh lah kalau nak pergi New Zealand macam Hanis dengan Hairul pergi hehe..

Sumber: Instagram haniszalikha

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!