“Dia nyanyi memain je weyh, tetap padu, comel dan terhibur” – Netizen

Ada insan mempunyai keistimewaan tanpa berusaha keras pun boleh berbuat sesuatu. Ada pula yang minat dengan sesuatu perkara, tetapi dia tidak mahir dan perlu berusaha mempelaj4ri atau mendapatkannya. Beruntunglah mereka daripada golongan pertama tadi kerana mempunyai kelebihan yang dianugerahkan Ilahi seperti penyanyi comel lote, Ernie Zakri ini. Rileks sahaja dia menunjukkan bakat menyanyi spontan.

Bukan menyanyi biasa-biasa dalam genre yang sudah menjadi ‘makanannya’, tetapi melantunkan suara dalam melodi dangdut. Lagu yang didangdutkan pula milik ibu dan bapa saudaranya, Ziana dan Anuar Zain.

Seperti dalam video dikongsikan ini, tak kurang yang kagum dengan bakat ada padanya, lagu bernada tinggi itu mampu dinyanyikan secara bersahaja dalam versi danggut ketika diminta DJ untuk berbuat demikian.

Kalau menyanyi sedap tu, sedap juga bukan… Tak perlu pun try hard, dah ‘sampai’. Memang berbakat sungguh. Bertuah isteri bersuara emas Syamel ini. Yang pasti apa jua genre lagu boleh dibawanya.

“Nyanyi main2 camni pn aku dah goosebumps”, “Sdp btol suare die”, “Dia nyanyi memain je weyh..tetap padu,comel & terhibur”, “Ala comey la hahahahua”, “Menjadi…”. Itu antara komen netizen.

Pernah dilabel penyanyi ‘pitch perfect’, namun dengan merendah diri ketika ditemubual media, dia menolak lembut gelaran sedemikian. Begitupun, pencapaian Ernie sebenarnya sangat bersifat impresif.

Dua kali mengecap gelaran sebagai pemenang trofi Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu (AJL), sudah tentu itupun bukan satu pencapaian sembarangan. Itu bukti aset suara ada padanya.

Selain menyanyi, figura dengan nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri berusia 30 tahun ini juga seorang pelakon. Dia merupakan juara pertandingan Bintang RTM edisi 2009.

Menarik latar belakangnya, pada tahun 2018, Ernie bersama rakan duet Syamel yang kini bergelar suaminya, memenangi anugerah Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu ke-32..

Baharu melahirkan cahaya mata pertamanya pada 22 Februari lalu, selain itu, Ernie juga rupanya merupakan bekas guru muzik di Akademi Muzik Bentley di Mutiara Damansara, Petaling Jaya. Patutlah kan…

Sumber : IG Era.jer

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!