“Yusof nak jadi penyanyi mcm abah”

Setiap anak mempunyai personaliti tersendiri, namun kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Baik menyanyi ataupun berlakon jika sudah berminat, pasti ia akan ditunjukkan sejak dari awal lagi. Begitu juga anak kepada Dato Alif Syukri dan Datin Shahida. Yusoff, sangat menggemari haiwan dan s3rangga dan kini meminati pula nyanyian meskipun ia hanya lagu kanak-kanak.

Semua masyarakat di Malaysia sudah mengenali keluarga ini, meskipun bukan bidang hiburan, hanya dalam bidang perniagaan namun Dato Alif suka menyanyi dan katanya ingin menerbitkan sebuah single untuknya.

Dato Aliff sangat gemar menyanyi, Datin Shahida pun boleh menyanyi dengan baik, tak mustahil minat tersebut diikuti oleh anak-anak mereka. Lihat sahaja dalam dunia perniagaan pun. Yusof boleh menyanyi bersama abahnya nanti ni.

Memang anak-anak mereka sama-sama membantu promosikan malah mereka memperbesarkan perniagaan dengan membuat anak sendiri menjadi duta. Tak salah jika abahnya menyanyi bersama Yusoff suatu hari nanti, Yusof juga sudah meningkat dewasa nanti.

Datin Shahida membuat kapsyen Yusoff nak jadi penyanyi macam abah, ia membuatkan video itu mendapat hampir 10 ribu tanda suka. Anda lihat video sampai habis, pasti korang ketawa. Kecil-kecil dah pandai buat konsert.

Yusoff anak ke empat daripada lima orang beradik, Yusoff sangat manja kerana sikapnya lemah lembut dan penyanyang. Yusoff juga sangat mesra dan tidak takut pada orang. Apatah lagi dengan abahnya, sangat rapat.

Walaupun masih kecil, tetapi Yusoff sudah mempunyai pengikut sendiri di laman ig milik Yusoff, dan mempunyai peminat tersendiri. Sebanyak 630 ribu jumlah pengikut akaun ig milik Yusoff.

Mengenai kapsyen yang ditulis oleh Datin Shahida, ramai rakan artis singgah memberi komen. Antara komen dari rakan artis dan netizen ialah:

Minat Yusoff pada haiwan sehinggakan replika pun ingin dipeliharanya. Memang jiwa penyanyang Yusoff ni. Sesuai calon menantu heheeh..

Sumber: ig yusoffalqardawi
Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!