“Melekat daniel tepi cermin tu” – Netizen

Siapa sangka rancangan realiti yang disiarkan di Astro bernama All Together Now Malaysia kini telah masuk musim yang kedua. Rancangan yang mendapat inspirasi dari negara UK ini telah mendapat sambutan yang memberangsangkan dari para penonton pada musim pertama yang lalu sehinggalah berjaya menyiarkan musim kedua bermula bulan lalu.

Menampilkan 50 orang juri dalam rancangan tersebut bukanlah perkara yang mudah buat para peserta untuk meloloskan diri ke peringkat seterusnya. Lebih-lebih lagi pada musim kedua ini, ketua juri telah diwakili oleh Datuk Syafinaz yang sememangnya sangat berbakat dalam industri nyanyian dan vokal.

Selain barisan juri yang terkenal dan berbakat dalam rancangan tersebut, hos utama yang membawa rancangan ini turut membawa watak yang penting bagi menarik para penonton untuk setia di hadapan kaca TV.

Pengacara musim kedua bagi rancangan All Together Now Malaysia ini masih dipegang oleh Sherry Al Hadad yang sememangnya terkenal dengan sikap humoris dan bersahajanya itu. Malah gelagat lucunya dalam episod baru-baru ini telah menghiburkan para penonton yang melihat rancangan tersebut.

Tak keruan barisan juri dan satu studio dibuatnya apabila Sherry telah mula bernyanyi. Bukan nyanyi-nyanyi biasa, Sherry telah membawakan lagu dangdut bertajuk Asyik nyanyian asal dari Amelina itu.

Walaupun Sherry tidak mempunyai pengalaman langsung dalam bidang nyanyian, namun demi menghiburkan orang ramai dia dengan yakin menyanyikan lagu tersebut tanpa malu dan segan akan kecaman.

Ramai netizen yang memberikan komen bahawa mereka yang ketika itu menonton rancangan tersebut di televisyen juga merasa sangat terhibur melihat gelagat lucu dari Sherry itu. Mereka turut memuji bahawa Sherry ternyata mempunyai tone suara yang agak bagus dalam nyanyian.

Memang terhibur habis tengok Sherry perform dangdut. Juri-juri yang lain pun tak boleh nak cakap apa dah, semua pun enjoy je dengar Sherry nyanyi haritu.

Sumber: Instagram Sherry Al Hadad

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!