“Aduhai lelaki plg kelakar didunia dlm pembikinan, super genius” – Netizen

Perilaku anak-anak kita sebenarnya bukan sahaja menghiburkan kita, namun mereka juga akan menghiburkan hati sesiapa yang melihat gelagat mereka. Aksi ragam anak-anak ini kadang kala terpengaaruh dari ibu bapa mereka. Jika mereka petah berkata-kata, ini kerana mereka sering melihat ibu atau ayahnya yang peramah dan senang dibawa berbicara dengan orang sekeliling.

Kita sudah kenali sifat Harith Iskandar yang sentiasa membuat lawak dengan pendapat beliau tentang sesuatu perkara. Beliau yang pernah memenangi anugerah Asia’s Best Stand Up Comedian pada tahun 2014 sentiasa membuat lawak berdasarkan isu semasa ataupun pengalaman hidup beliau.

Seperti kita ketahui, beliau dan pasangan beliau Dr Jezamin Lim mempunyai 3 orang cahaya mata bersama iaitu Zander Xayne, Alessandra Jayne dan Zydane Zayne.

Anak sulung beliau iaitu Zander sudahpun mencapai umur 9 tahun tahun ini dan semakin bijak dan petah berkata-kata mengikuti jejak ayahnya. Baru-baru ini, Harith Iskandar sekali lagi mengongsikan keletah anak sulungnya yang menceritakan tentang fakta-fakta umum.

Harith Iskandar suka mengongsikan mengenalkan anak sulungnya kepada netizen dan mengajak anaknya itu mengongsikan minat beliau dalam mengetahui beberapa fakta yang menarik dan kelakar.

Dalam IGTV yang dikongsikan Harith, terdapat 1 fakta kelakar dimana anaknya itu berkata Harith sebenarnya pernah menjadi seorang ‘waiter’. Namun Harith menafikan dan menanyakan apa maksud anaknya itu. Jadi anaknya itu berkata jika kita makan di restoran dan selepas memesan makanan, kita pasti akan menunggu makanan tersebut. Jadi, menunggu makanan itu lah kita sebanyak sedang menjadi “waiter”.

Netizen sangat terhibur mendengar celoteh Zander dan fakta-fakta kelakarnya. Ada yang berkata Zander adalah bakal pelawak yang paling lawak di dunia dan ada mengatakan beliau seorang anak yang genius.

Dilihat dari kebijaksanaan Zander, beliau boleh pergi jauh dengan sifat dan bakat yang beliau perolehi. Mempunyai ibu bapa yang sangat memberi sokongan penuh, tidak akan hairan jika satu hari nanti Zander boleh mengikuti jejak ayahnya malah mungkin lebih lagi.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!