“Syg dia mcm anak sendiri Cap, sbb dia dah jadi anak Cap” – Netizen

Perkahwinan adalah satu ikatan yang sangat dimuliakan dan digalakkan dalam Islam. Ini kerana perkahwinan itu adalah satu pemberian tanggungjawab kepada kita untuk menjaga dan menyayangi antara satu sama lain. Bukan itu sahaja, jika salah seorang pasangan kita mempunyai anak dari perkahwinan sebelumnya, kita sebagai pasangan baru perlulah juga menyayangi anak itu sebagai anak sendiri.

Seperti kita ketahui Ariz Ramli atau lebih dikenali sebagai Caprice adalah seorang penyanyi, penulis dan penerbit lagu dan juga seorang ahli perniagaan yang dikenali di Malaysia. Beliau yang berusia 33 tahun kini walaupun sering berada dalam kancah kontroversi industri hiburan namun beliau terus tetap teruskan berjuang dalam mencipta karya lagunya.

Beliau juga dikenali sebagai seorang yang sangat berterus terang tentang pendapat beliau tentang sesuatu perkara. Beliau merasakan tidak salah jika memberi pendapat peribadi beliau tentang sesuatu perkara kerana ianya hanyalah pendapat dan setiap orang juga punyai pendapat masing-masing.

Dalam kesibukan menguruskan banyak perkara, rupanya beliau dalam diam sudahpun punyai calon hati dan telah menamatkan zaman bujangnya baru-baru ini.

Dilihat dari gambar yang dikongsi di dalam Ig signbycap, Caprice mengongsikan gambar pasangan beliau yang dikenali sebagai Farra Inalis dan sekaligus mengenalkan anak tiri beliau yang bernama Aleesya Sof

Dilihat di dalam IGTV yang di kongsikan Caprice, beliau sedang memeluk anaknya itu yang berusia 5 tahun bersama kapsyen yang kelakar iaitu beliau berkata akan mengajarnya bahasa Inggeris dan Perancis.

Dilihat dari kongsian ig story, Aleesya sudahpun selesa menerima dan ramah dengan Caprice. Mana tidaknya, anak ini masih kecil dan senang untuk berkawan pada umur seperti ini.

Netizen teruja mendengar berita perkahwinan Caprice ini. Namun ada juga yang menasihati Caprice untuk menyayangi Aleesya seperti anak sendiri. Ada juga berpesan pada Caprice untuk ajari bahasa Arab sekali.

Bagus juga Caprice menamatkan zaman bujangnya. Tidak salah menghalalkan hubungan cinta antara dua manusia. Semoga Caprice menjadi seorang pemimpin keluarga yang baik dan buat isterinya, semoga menjadi pendamping dan bidadari yang setia kepada Caprice.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!