“Pergh bdn bsar pun blh pnjat pokok rambutan, aku yg keding ni pun gayat siak” – Netizen

Seorang wanita selalu dipandang sebagai seorang makhluk yang lemah lembut. Namun demikian, wanita zaman sekarang sudah pandai berdikari dan lebih lasak berbanding dahulu. Mereka lebih suka menanggung diri mereka sendiri dan mencuba benda-benda baharu seperti sukan lasak dan sebagainya. Wanita sekarang tidak mahu dipandang sebagai makhluk lemah dan mula mempelajari pelbagai ilmu termasuklah ilmu ketahanan diri.

Wanita sekarang juga bukan sahaja lasak, mereka juga semakin pantang bersuara jika mereka rasa perlu menegakkan keadilan untuk diri mereka.

Seperti kita kenali bekas pelakon wanita, Zarina Anjoulie yang sangat lantang bersuara jika ada sesuatu isu yang berkenaan beliau tidak benar di dalam sosial media.

Bukan itu sahaja, beliau juga sering menyuarakan pendapat beliau berkenaan beberapa perkara yang beliau rasakan perlu dibetulkan dan sebagainya.

Beliau juga dikenali sebagai seorang wanita yang agak lasak dan tidak takut dengan ketinggian. Baru-baru ini, beliau berkongsi sebuah video beliau memanjat pokok rambutan dan memakan buah rambutan di atas pokok tersebut.

Dilihat dari ketinggian tersebut, agak tinggi untuk seorang wanita seperti Anju untuk panjat pokok tersebut. Terserlah kelasakan Anju yang tidak kisah akan ketinggian.

Ramai juga netizen yang mengagumi keberanian Anju memanjat pokok tersebut dan ada yang memuji walaupun Anju seorang wanita yang berbadan besar, ia tidak membuatkan Anju untuk tidak berani memanjat pokok tersebut.

Di dalam komen tersebut, Anju sempat membalas komen mengatakan beliau konon bersenam pagi sebab tu beliau memanjat pokok.

Ramai sebenarnya wanita yang lasak seperti Anju di luar sana. Lagi elok wanita yang lasak seperti ini kerana mereka lebih pandai menjaga diri sendiri dengan lebih baik.

Kerana wanita yang selalu dilihat lemah lembut ini lebih senang dibuuli oleh bukan sahaja lelaki malah dengan wanita lain juga.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!