“Mommy, Maryam ada surprise untuk mommy” – Maryam

Perkahwinan pelakon Fizo dan isterinya, Fazreena masih menjadi tumpuan netizen di laman sosial media. Setiap kali Fizo berkongsi video dan gambarnya bersama isteri, ramai netizen teruja melihat kebahagiaan mereka berdua. Cara Fizo melayan isterinya juga cukup romantik dan penyayang. Selain hubungan romantik Fizo dan isterinya, hubungan yang erat antara Fazeera dan Maryam juga telah menyentuh hati netizen.

Walaupun Fazeera hanya ibu tiri kepada Maryam, hubungan yang terjalin antara mereka cukup rapat. Fazeera kelihatan sangat menyayangi Maryam dan sanggup melayan kerenah si kecil comel itu.

Maryam pun sering berkelakuan baik dengan ibu tirinya sehingga menggelarkan Fazeera dengan gelaran ‘Mummy’. Bertuah Maryam ada ibu yang baik macam Mummy Fazeera ye.

Malah baru-baru ini, gelagat comel Maryam menjadi tumpuan netizen selepas dikongsi oleh Fizo di Instagram story.

Maryam dengan spontannya memberi hadiah buat Fazeera secara mengejut. Maryam menghadiahkan bunga buat ibu tirinya sambil diperhatikan Fizo. Alahai romantiknya anak kecil ini, Makin bertambah rapat hubungan mereka.

Mereka pun sentiasa bersama ke mana saja mereka berada. Di mana ada Fazeera pasti ada Maryam.

Tak dinafikan hubungan mereka semakin hari semakin rapat. Seronoknya tengok Maryam dengan Fazeera sekarang..

Fizo pun dilihat memang sentiasa mengutamakan Maryam dalam apa jua keadaan sekali pun. Semoga berbahagia buat keluarga Fizo.

Sumber: Instagram Fizoomar

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!