“Dah nampak tua bila tak sihat”- Netizen

Tiket syurga seorang isteri adalah melayan baik suaminya dan bertanggungjawab untuk menjaga suami di kala saakit. Ketika di saat si suami jatuh saakit, seorang isteri memainkan peranan yang cukup penting untuk menjaga suami yang tidak sihat. Begitulah besarnya pengorbanan seorang isteri buat suami dan kebahagiaan rumah tangga bergantung kepada kemesraan hubungan suami isteri.

Bila melihat pasangan selebriti Norman Hakim dan Memey Suhaiza, bahagianya mereka bersama anak-anak. Walaupun sudah mempunyai empat orang cahaya mata, hubungan Memey dan Norman kelihatan cukup romantik selepas bertahun-tahun mendirikan rumah tangga.

Malah mereka sentiasa berkongsi video romantis di laman Instagram sehingga menjadi perhatian netizen.

Mana tidaknya, ada saja yang disakat Norman apabila bersama Memey. Hubungan mesra mereka sekaligus membuatkan ramai netizen ‘cmburu’ dengan mereka. Memang sweet habis

Baru-baru ini, Memey berkongsi satu video menyediakan makanan buat suaminya yang tidak sihat kerana mengalami dmam pnas.

Ramai netizen menegur perubahan wajah Norman yang kelihatan agak berumur ketika dirinya tidak sihat itu memandangkan Norman sentiasa kelihatan muda dari usianya tatkala berbadan sihat.

Sementara itu, Rata-rata netizen mendoakan kesembuhan buat Norman menerusi ruangan komen.

“Semoga diberi kesembuhan abang norman, Nampak sedap pulak sup tu”- Netizen

Selain Norman yang menjadi tumpuan, sup ayam campur sayur yang dimasak Memey juga menjadi tarikan ramai sehinggakan ada yang meminta resepi daripada Memey. Memang menyelerakan betul sup yang memey masak ye..

Video yang dimuatnaik Memey telah menerima 182,000 tontonan dan pelbagai reaksi menerusi komen. Seronok tengok Memey jaga suami dia, Lemah lembut je layan Norman..

Sumber: Instagram Memeysuhaiza

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!