“I kahwin dgn you sebab you hensem, kaya tu nombor dua”- Fatin Afeefa

Jodoh sememangnya rahsia Allah SWT. Semuanya telah diatur dan telah tertulis sejak azali lagi yakni satu ketetapan yang Allah takdirkan dengan kuasa serta izinnya. Kadang-kala pasti anda sendiri tertanya-tanya siapakah agaknya jodoh yang sudah ditakdirkan untuk bersama dengan kita. Ada di antara kita sudah lama berkenalan, baru berkenalan pun ditakdirkan jodoh bersama.

Ada juga yang berlainan status dari segi kekayaan harta pun berjodohan dan bahagia bersama. Tak dinafikan, seseorang yang memiliki kehidupan mewah antara menjadi tumpuan orang ramai.

Namun bukanlah semuanya begitu. Di zaman serba moden ini, ramai wanita di luar sana telah menceburi pelbagai bidang dalam pekerjaan dan bekerjaya. Tidak mengharapkan wang semata-mata daripada pasangan, mereka juga mampu dengan duit hasil titik peluh sendiri.

Seperti pelakon Fatin, baru-baru ini beliau telah bergelar isteri kepada jutawan yang popular menerusi laman Tiktok. Siapa sangka, jodoh sudah tiba buat pelakon cantik Fatin.

Namun ada sahaja kenyataan yang dihamburkan oleh sebahagian netizen apabila mereka menyangkakan Fatin berkahwin dengan suami pilihannya semata-mata kerana suaminya kaya dan berkereta mewah.

Seperti video dikongsi oleh suami Fatin iaitu Opai yang sempat menemubual isterinya sendiri, Fatin sendiri menafikan kenyataan daripada netizen berkenaan yang mempersoalkan jodoh dan hubungan pasangan sama cantik sama padan ini.

Fatin sendiri akui, lebih tertarik dengan suaminya dari segi rupa dan tidak memilih kekayaan.

Malah beliau juga memberitahu, ramai lelaki kaya yang cuba dekat dengannya sebelum ini namun tidak diendahkan.

Sementara itu, video dimuatnaik suami Fatin telah menerima banyak respon daripada netizen menerusi ruangan komen yang rata-ratanya setuju dengan kenyataan Fatin sendiri.

Nampak sepadan sangat Fatin dengan suami dia. Tak semestinya sebab kaya semata-mata, ciri-ciri lelaki idaman Fatin Afeefa confirm ada dekat suami dia tu..

Sumber: Instagram diariseorangtrader

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!