“Bila nk blk ni, klu perbincangan 3 pnjuru cmni mmg xdpt bajetlah smpai bila disidai” – Suami Ummi Nazeera

Memang tak dapat dinafikan bahawa para wanita ni sangat suka berborak. Kalau daj jumpa member dia tu kan, sampai ke malam kalau boleh tak berhenti berborak. G0sip sana sini, betul tak ? Time nilah nak story itu dan ini, nak-nak pulak bila dah lama tak jumpa member dia tu kan.

Belum lagi cerita kalau terjumpa dengan member mereka di satu majlis keramain kan, kalau dah terjumpa tu. Bukan main lagi excited, yelah ada yang dah lama tak jumpa kan, alang-alang terjumpa ni, terus ajak borak.

Para suami pun kadang tu terpaksa melayan sekali, apa yang diborak oleh wife mereka tu. Haha, betul tak ? Ka0m lelaki mesti cukup lali kan kalau berada di situasi macam ni, nak buat macam mana lagi kan. Takkan nak tinggal wife macam tu je.

Ada dimuat naik video suami kepada Ummi Nazeera yang bernama Dr.Izzar tu. Gelagat di mana mereka yang pergi ke sebuah majlis.Cantik sangat pasangan suami isteri ni, yelah dua-dua sama cantik dan sama padan kan.

Tapi, di penghujung video tersebut, pelik jugalah tengok gelagat Dr. Izzar yang seperti sendirian walaupun isterinya ada je di situ. Kalau korang semua tengok video tersebut, pasti korang akan cukup faham dengan apa yang berlaku.

Mana taknya, disebabkan wife kesayanganya tu dah terjumpa dengan member di majlis tersebut, haa, bila dah jumpa member, tahu-tahu jelah kan. Mestilah dah mulakan aktiviti borak-borak dia tu. Kelakar betul. Sabar lah ye.

Caption nya yang berbunyi “Bila nak balik ni? Kalau perbincangan 3 penjuru camni memang tak dapat bajetla sampai bila disidai. Kita makanlah dulu tenangkan hati”. Terbahak-bahak baca caption beliau tau. Lucu sangat.

Sampai kena makan dulu ye, punyalah nak taktahu bila akan habis aktiviti borak wife kesayangan nya tu. Nasib baik lah dapat suami yang sangat memahami ni kan, sekurang-kurang nya dapat juga makan, sambil tunggu wife.

Bak kata netizen, bila perempuan dah berjumpa dengan member mereka, hal kain baju semua time tulah nak diboraknya. Kalau boleh semua menda, dan waktu tulah yang g0sip sana sini kan. Betul tak ?Bersabar lah duhai Dr. Izzar, hehe.

Sumber : Izzar

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!