“Cikgu pakai seluar senteng” – Netizen

Menjadi seorang guru tak dinafikan bukan mudah. Pendek kata, bukan hanya dari segi pengajaran, akan tetapi penampilan dirinya juga perlu sentiasa dijaga kerana menjadi perhatian pelajar. Kadang jadi perhatian ibu bapa murid dan masyarakat juga. Seperti penampilan pelakon, Aidil Aziz dalam video ini, dia berkongsikan akan cuplikan wataknya sebagai seorang cikgu.

Menariknya tak kurang juga netizen membanjiri ruangan komen dek penampilannya yang membawakan watak itu. Ramai membayangkan jika dia cikgu sebenar pasti jadi kesayangan.

Sudahlah helok, tampan bergaya pulak ya. Jujurlah.. biasa bukan kalau kita di bangku sekolah dulu, tengok cikgu hensem lawa, pasti bersemangat nak ikuti pelajaran cikgu tu.

Samalah macam Aidil dalam watak ini. Kalau betul jadi cikgu ni, tak perlu jadi pelakon pun dah ramai peminat. Apa pun bukan setakat rupanya itu yang jadi perhatian. Pakaian disarung juga sama.

Apa tidaknya, salah satu daripada hantaran itu terlihat Aidil yang mengenakan seluar agak senteng seperti gaya ala model jejaka di luar sana, seakan tanpa stokin ketika seperti hendak mengajar murid di kelas.

“Cikgu pakai seluar senteng”, “ Cikgu ensem matt”, “Aidil berlakon”, “Haishhh segak cikgu ni…”. Itu antara komen netizen. Menariknya ramai di ruangan komen mengaku bangga Aidil berlakon di sekolah mereka.

Apa pun biarlah cikgu tu macam mana, tapi yang penting ambil dan serap ilmu hendak disampaikan mereka. Mana tahu penampilan Aidil ni dapat beri inspirasi pada cikgu lain untuk bergaya sepertinya.

Jika dilihat perkongsian Aidil sebelum ini pun memang seorang yang agak aktif dan menjaga tubuh agar terlihat kekar. Padanlah jika pakai baju apapun segak bergaya sesuai statusnya sebagi aktor.

Populariti Aidil mula melonjak naik selepas kejayaan lakonannya dalam drama Saiful Nita, yang memegang watak utama sebagai Saiful dan digandingkan bersama pelakon dan penyanyi, Kilafairy.

Aidil mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Fasha Sandha pada 30 Mac 2019. Ia perkahwinan pertama buat Aidil dan kedua untuk Fasha.

Sumber : IG Aidil Aziz

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!