“Dato pegang baby nampak Dato mcm umoq 30an lah” – Netizen

Dato Eizlan Yusuf merupakan seorang pelakon dan pengarah di Malaysia. Walaupun tidak lagi aktif berlakon namun Dato Eizlan masih aktif sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas). Menyingkap sisi peribadi pelakon ini, Dato Eizlan sebelum ini pernah mengalamani kegagalan rumahtangga bersama Vie Santie Harun setelah 7 tahun berumahtangga. Dato Eizlan bercrai pada 2014 dan mempunyai 3 orang anak hasil perkahwinannya itu.

Setelah hampir 5 tahun, Dato Eizlan memulakan kehidupan baru bersama Datin Natasha Rosa apabila mendirikan rumahtangga buat kali kedua pada 2019. Beliau bersama Datin Natasha dikurniakan seorang bayi perempuan pada 13 April yang lalu.

Ketika mengumumkan bakal menerima kehadiran orang baru dalam keluarga, ketiga-tiga anak hasil perkahwinan pertama Dato Eizlan merasa sangat gembira dan teruja.

Dato Eizlan yang dikurniakan tiga orang anak sebelum iaitu Vie Zara, Zareef Yusof dan Vie Zaara berkata mereka tidak kisah mendapat adik lelaki mahupun perempuan asalkan adik mereka sihat dan selamat.

Baru-baru ini Dato Eizlan telah memuatnaik gambar beliau sedang memangku anak perempuannya di dalam kereta.

Dato Eizlan berkata beliau sedang menunggu isterinya itu membeli sedikit barangan rumah. Ketiadaan isterinya itu membuatkan beliau dan anaknya kebosanan. Wajah anaknya itu juga kelihatan sangat letih.

Gambar berkenaan menarik perhatian para peminat yang merasa geram dengan kecomelan wajah anaknya. Tidak kurang yang merasa kasihan dengan keadaan anak Dato Eizlan yang nampak kepenatan.

Tidak ketinggalan juga apabila ada peminat yang wajah Dato Eizlan seakan baru berusia 30an ketika memangku anaknya itu. Berikut dikongsikan beberapa komen peminat.

“Masya Allah baby so manja dgn daddy dia kann, So so sweet. Stay safe always May Allah protect us all. Aamiin Yarabbal Alamiin” – Netizen

“Moga membesar dengan sehat jadi anak solehah dunia akhirat InshaAllah” – Netizen

“Alhamdulillah… Allah gantikan dgn segala yg baik utk datuk.. Mempunyai isteri yg baik lagi cantik dan ank yg sgt comel..semoga keluarga datuk berada dibwh lindungan Allah swt… Aamiin” – Netizen

Semoga kehadiran bayi perempuan tersebut memberikan kebahagiaan buat Dato Eizlan dan Datin Natasha. Mudah-mudahan rumahtangga pasangan itu juga berkekalan sampai bila-bila hendaknya. Amin.

Sumber : ig eizlanyusuf

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!