“Bkn nak fokus mask sgt but more to both of u. So sweet” – Netizen

Kesibukan pasangan angkasawan pertama Negara iaitu Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina sebagai doctor membuatkan mereka berdua jarang dapat dilihat bersama-sama ketika memuatnaik video mahupun gambar di instagram. Tambahan pula menggalas tanggungjawab membesarkan 6 orang anak yang sedang dalam peringkat kanak-kanak dan bayi bukanlah satu tugas yang mudah. Banyak pengorbanan dari segi masa, usaha dan tenaga diperluukan demi memastikan anak-anak mendapatkan input yang terbaik daripada mereka sebagai ibu bapa.

Bagaimanapun naluri seorang bapa penyayang dan bertanggungjawab yang dimiliki oleh Dr Sheikh Muszaphar membuatkan orang ramai sering mendapatkan nasihat mengenai cara mendidik anak serta ilmu keibubapaan daripada beliau. Dr Halina cukup bertuah dikurniakan suami seperti Dr Sheikh Muszaphar.

Beliau juga tidak lokek berkongsi ilmu di media social dan turut memanfaatkan sebaiknya platform yang ada dengan berkomunikasi dan menyebarkan ilmu tersebut kepada masyarakat untuk kebaikan bersama.

Dr Sheikh juga seorang yang aktif di media social dan sering melayani pertanyaan serta komen yang ditinggalkan para peminat beliau di ruangan instagram.

Dr Sheikh memuatnaik sebuah video bersama Dr Halina untuk mempromosikan pelitup muka jenama Inner Sejuk. Dr Halina berkata pelitup muka berkenaan merupakan keluaran terbaru jenama terbabit.

Dr Sheikh dan Dr Halina terus mencuba menggayakan pelitup muka tersebut dan turut menekankan kepetingan memakai pelitup muka semasa pandemic beserta kelebihan produk tersebut.

Namun begitu di sebabkan mereka berdua amat jarang sekali memuatnaik video atau gambar bersama membuatkan para peminat merasa kagum dengan hubungan mereka berdua yang sangat mesra antara satu sama lain.

Walaupun mereka berdua telah mendirikan rumahtangga lebih 10 tahun namun cara layanan Dr Sheikh sangat lembut terhadap Dr Halina apabila menggunakan nada suara yang sangat lembut dan perlahan.

Mereka berdua juga kelihatan sangat serasi antara satu sama lain. Berikut dikongsikan komen-komen netizen.

“Jarang tengok video both Doc live berdua. Selalu video anak anak je. Sweet sangat. My favourite couple. Semoga bahagia till jannah” – Netizen

“Walaupun dah kawin lama and anak ramai,tapi sebab kurang gambar berdua, selalu gambar ngan anak2 pun kalau berdua, so dia jadi sangat sweett tau bile nampak video anda berdua je.” – Netizen

Kedua-dua mereka layak diangkat menjadi inspirasi kepada masyarakat. Keperibadian Dr Sheikh dan Dr Halina sangat hebat kerana mampu mengimbangkan antara kerjaya dan keluarga dengan cukup baik.

Semoga kehidupan keluarga ini sentiasa diberkati dan impian Dr Sheikh untuk memiliki seramai mungkin cahaya mata tercapai.

Sumber : ig drsheikh Muszaphar

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!