Kembali aktif di media sosial, netizen xputus beri kata2 smgt buat Siti Elizad

Setiap orang diuji dengan cara yang berbeza dalam kehidupan. Buat model, pelakon dan penyampai radio Sinar iaitu Siti Elizad, beliau pula diuji apabila belum mendapat zuriat setelah hampir 6 tahun berumahtangga bersama Shamsul Baharin Rahman. Menurut Siti Elizad lagi yang lebih mesra di sapa Ejad berkata beliau lali dengan persoalan orang ramai mengenai anak.

Ejad pernah menjalani pembdahan membuang ov4ri sebelah kiri dan kini beliau hanya mempunyai sebelah 0vari sahaja. Perwatakan Ejad yang sentiasa gembira dan happy go lucky membuatkan orang ramai berandaian pelakon tersebut tidak serius untuk mendapatkan anak.

Beliau berkata merasa amat sedih apabila sering diajukan soalan mengenai zuriat kerana tidak tahu jawapan yang harus diberikan.

Ejad juga sering dibandingkan dengan suami yang sudah mempunyai 2 orang anak hasil perkahwinan sebelum ini.

Baru-baru ini Ejad diuji lagi apabila di dakwa m4ndul dan tidak solat oleh seorang pengguna media sosial. Tindakan individu berkenaan yang memuatnaik tuduhan tersebut di media sosial miliknya di anggap sangat keterlaluan dan biadap turut menerima kecaman warganet yang lain.

Ejad yang sangat terkilan dan kecewa telah membuat laporan polis supaya individu tersebut di adili dengan sewajarnya.

Bagaimanapun Ejad yang menerima tekanan emosi daripada tuduhan individu tersebut telah bertindak menjauhkan diri daripada telefon dan media sosial selama beberapa hari demi mencari ketenangan.

Terkini Ejad telah memuatnaik 2 keping gambar beliau tersenyum di instagram dengan caption positif dan semangat baru.

Gambar beliau telah mendapat perhatian daripada warganet yang kagum dengan semangat Ejad.

Rata-ratanya juga menitipkan kata-kata semangat buat Ejad dan mendoakan supaya urusan Ejad untuk mendapatkan zuriat dipermudahkan. Berikut dikongsikan komen warganet.

Siapa yang tidak terkesan jika dituuduh m4ndul sedangkan Siti Elizad sebelum ini pernah mengalami keguguran. Dalam sebuah program di televisyen sebelum ini, Ejad pernah memohon maaf kepada suaminya sekiranya gagal memberikan zuriat.

Semoga doa Ejad untuk mendapatkan cahaya mata akan dikabulkan oleh Allah tidak lama lagi.

Sumber : ig siti elizad

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!