“Alif dgn kedewasaan mmg berbeza skrg, good job” – Netizen

Di sebalik pencapaian seorang suami, pasti ada dokongan baik seseorang yang bergelar isteri. Bukan mudah untuk berubah daripada seorang yang banyak melakukan perkara yang tidak elok untuk berubah ke arah kebaikan. Bayangkan lah perasaan si isteri yang hendak menerimanya kembali. Tetapi itulah yang berjaya dilakukan usahawan dan penyanyi popular, Bella Astillah.

Jika dilihat transformasi suaminya, penyanyi, Aliff Aziz pada masa sekarang, ramai bersetuju wanita itu telah berjaya membantu suaminya melakukan perubahan ke arah lebih baik. Pada usia Aliff 30 tahun kini, beliau dilihat lebih matang.

Bercrai taalak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 16 Mei 2019, Bella terbuka hati rujuk semula dengan Aliff pada tahun yang sama. Terdahulu Bella pernah berkongsi, apa jua tanggapan orang ramai kepada suaminya itu beliau tetap akan memberikan sokongan kepadanya.

Sejak itu, tampaknya tiada lagi diberitakan perangai penyanyi kelahiran Singapura itu yang tidak-tidak berbanding sebelumnya. Ramai jua yang berharapkan agar perubahan Aliff akan berterusan dan mendoakan istiqomah untuk beralih ke fasa yang lebih baik.

Terbaharu lihatlah posting Bella di IG nya ini yang meminta peminat memberikan sokongan kepada Aliff. Sokongan padu beliau juga barangkali antara asbab Aliff sekali lagi menduduki kedudukan nombor satu di konsert Gegar Vaganza musim kelapan yang baharu berlangsung.

Memberikan komen penglibatannya dalam program tersebut, tak kurang ramai netizen yang bersyukur dan menyifatkan Aliff benar-benar menggunakan peluang dalam program reality TV itu sebaiknya. Buktinya melalui lagu-lagu disampaikannya dapat dilihat ia dipersembahkan dengan penuh jiwa. Sudah pasti dek sokongan Bella.

Kata orang ikhlas itu kadang boleh terpancar pada wajah kan. Air muka Aliff kini juga dikatakan kelihatan lebih tenang. Sudah tentulah sebab ada yang menjaganya, selain dengan izinNya.

Baharu dimuatnaik tidak sampai empat jam, foto mereka berdua yang dikongsikan mendapat lebih 54k tanda suka.


Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah yang lahir pada 15 Mac 1994 merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia, mendirikan rumah tangga dengan Aliff pada 2016. Mereka kini mempunyai dua cahaya mata.

Baru-baru ini, Aliff berkongsi bahawa beliau bersyukur apabila ditunjukkan jalan untuk mendekatkan diri denganNya melalui kumpulan jemaah tabligh dan cuba kembali mendekati Islam apabila membuka laman kumpulan tabligh berkenaan. Belajar mengenal diri dan Allah, beliau juga kelihatan banyak menyebut nama dan kebesaran tuhan tatkala ditemuramah media tempatan.

Sumber : Ig Bella Astillah

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!