“Nak tolong orang tak perlu jadi YB, jadi macam Sharnaaz lagi elok” – Netizen

Semenjak pndemik telah melanda negara kita, ramai yang terkesan dan mengalami kemuurungan. Bermula dengan terkurung di rumah, hiilang mata pencarian dan pendapatan akhirnya mengalami dpressi telah menyebabkan mereka memilih jalan terakhir untuk mengakhiri riwayat hidup. Perkara ini akhirnya telah mendapat perhatian dan membuka mata masyarakat untuk membantu orang di sekeliling kita.

Kempen bndara putih telah dilancarkan bagi membantu mereka yang berada dalam kesusahan untuk mengibarkan bendera putih di hadapan rumah masing-masing. Pelakon hebat negara iaitu Sharnaaz Ahmad adalah salah seorang penggiat seni yang terawal bertungkus-lumus bagi membantu orang ramai di luar sana.

Sama-sama berkongsi maklumat tersebut, Sharnaaz telah memuatnaik videonya bersama-sama rakan sekerja yang turut membantu membungkus bantuan dalam bentuk makanan untuk diagihkan kepada mereka yang memerluukan.

Mengakui bukanlah orang yang senang, Sharnaaz juga mengungkapkan bahawa niatnya hanya untuk membantu mereka yang susah tanpa mengira agama, bangsa malah negara sekali pun.

Kagum dengan usaha yang dibuat oleh Sharnaaz, warganet dan peminat telah memberikan tanda sokongan dan komen positif pada video tersebut agar Sharnaaz lebih bersemangat lagi untuk membantu lebih ramai orang susah di luar sana.

Ramai diantara mereka juga mendoakan agar usaha yg dilakukan oleh Sharnaaz ini akan berjalan dengan lancar.

Dalam video tersebut, Sharnaaz juga ada mengatakan bahawa bantuan tersebut adalah hasil daripada bantuan rakan-rakannya dan juga hasil pencariannya dengan membuat video Youtube di channelnya iaitu Sharnaaz Ahmad TV.

Giat usaha yang dilakukan oleh Sharnaaz ini wajar dijadikan contoh untuk mereka yang berkemampuan di luar sana untuk sama-sama membantu mereka yang terkesan akibat pndemik yang melanda ini.

Syabas diucapkan kepada Sharnaaz Ahmad atas usaha yang telah dilakukan dan semoga rezeki semakin bertambah kerana membantu orang yang lebih memerluukan.

Sumber: Instagram Sharnaaz Ahmad

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!