“Kri jgn cenggini, klu ammar buat gini kau maarah ka dak” – Bonda Rozita

Dalam tempoh perintah kawalan pergerakan sekarang ini, rakyat sudah semakin terasa dengan kepayahan untuk terus duduk dirumah. Bukan itu sahaja, ada juga segelintir masyarakat yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang untuk meneruskan hidup. Semua terasa kesusahan dan kepayahan mssing-masing tapi apakan daya, sebagai individu kita harus banyak bersabar.

Begitu jugalah jutawan tempatan kita, Dato’ Aliff Syukri yang sangat terasa susahnya untuk berada di rumah sahaja dalam waktu yang sangat panjang. Mana tidaknya seorang jutawan dan usahawan yang selalunya keluar mencari peluang menambah punca rezeki tiba-tiba harus duduk dirumah mengikut peraturan kerajaan yang telah ditetapkan.

Dato’ selalu dilihat seorang yang suka tonjolkan dirinya terutama sekali dalam laman ignya. Baru-baru ini beliau telah berkongsi sebuah video dimana beliau menari di dalam bilik air di rumah kediaman beliau.

https://www.instagram.com/p/CQtK7sqr7lQ/?utm_medium=copy_link

Di dalam kapsyen beliau, beliau meluahkan beliau telah bosan duduk di rumah sepanjang pkp ini. Bukan itu sahaja, beliau juga berkata jika lebih lama lagi tempoh pkp ini, berkemungkinan akan terjejas hasil pendapatan beliau dan juga kakitangannya yang ramai.

Dan beliau juga menyatakan rasa sedih kerana walaupun beliau nampak seperti selalu tersenyum namun jauh di sudut hati beliau rasa kasihan melihat segelintir masyarakat yang dibuang kerja dan k3s bercraii semakin meningkat.

Ibu kepada Dato’ Aliff Syukri, Bonda Rozita menegur Dato’ Aliff berkenaan dengan beliau menari dalam bilik air begitu. Bonda Rozita berkata tidak molek seorang seperti anaknya menari sebegitu dan bertanya jika Ammar, anak sulung Dato’ Aliff berbuat demikian, adakah Dato’ Aliff tidak memaarahinya.

Kebanyakan netizen agak terhibur dengan video berkenaan dan ada juga terpegun melihat kemewahan bilik air Dato’ Aliff.

Sememangnya semua peringkat masyarakat akan terkesan dengan penyambungan tempoh perintah kawalan pergerakan ini namun kita haruslah bersabar dan tabah menghadapi ujian sehingga keadaan pulih seperti biasa.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!