“Isaac suka nyanyi dan dance eh” – Netizen

Jarang sekali kampung seseorang artis itu menjadi tumpuan ramai. Namun berbeza dengan kampung dari pasangan selebriti terkenal ini. Siapa tak kenal lagi dengan pasangan cantik dan kacak yang telah disatukan pada tahun 2020 iaitu Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza. Kedua-duanya memang terkenal dengan bakat mereka dalam bidang lakonan serta permodelan jenama negara mahupun antarabangsa.

Jika dahulu kedua pasangan ini yang sering menjadi kejaran dan sorotan utama peminat, namun setelah kelahiran putera tersayang yang bernama Isaac Raees fokus peminat dan netizen kini lebih tertumpu kepada anak mereka yang comel itu.

Zahirah yang telah dibesarkan di negara Australia sejak dirinya kecil itu telah menjadikan Isaac mempunyai kampung yang berbeza jika hendak dibandingkan dengan kanak-kanak yang lain.

Disebabkan kedua ibu bapa dan keluarga dari Zahirah masih menetap di negara itu, maka kedua pasangan dan anak mereka ini sering dilihat berulang-alik dari Malaysia ke Australia demi menjenguk keluarga disana.

Aiman dan Zahirah telah memilih untuk pulang ke Australia sempena menyambut tahun baru 2023 di sana bersama keluarga. Kapsyen video yang dimuatnaik oleh Zahirah di Instagramnya telah mengundang tawa apabila dia berkata mereka sekeluarga pulang ke kampung untuk berjumpa dengan kawan tetapi kawan yang dimaksudkan adalah kangaru.

Isaac Raees dilihat masih takut-takut pada mulanya untuk memegang kangaru yang ada disana. Namun, Aiman dan Zahirah telah berjaya memujuk putera sulung mereka itu sehingga akhirnya dia berani untuk berjinak-jinak dengan haiwan tersebut.

Netizen rata-ratanya sangat geram melihat telatah Isaac yang semakin lincah dan bijak di dalam video tersebut. Malah ada juga netizen yang merasa cemburu kerana perbezaan kampung yang dimiliki oleh keluarga ini dan mengucapkannya sebagai sebuah keberuntungan.

Seronok sangat tengok Isaac sambut tahun baru dekat Australia ya. Paling comel tengok Isaac sekarang dah macam ragam dan telatah. Mesti atuk dengan nenek dekat sana sedih je bila nak berpisah dengan Isaac nanti.

Sumber: Instagram Zahirah Macwilson

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!