“Dah besor dh Fimie Don dh boleh ganti Remy Ishak” – Netizen

Tidak sedar betapa cepatnya masa berlalu, pelakon-pelakon cilik yang dahulunya pernah berlakon sekitar tahun 2000 an kini sudah pun meningkat dewasa. Artis-artis yang menghibur dan mewarnai industri hiburan bukan terhad kepada artis dewasa sahaja, artis kanak-kanak juga mempunyai peranan penting bagi memantapkan lagi industri hiburan setanding dengan negara luar.

Mencipta nama dan populariti melalui sebuah drama kanak-kanak bertajuk Hikayat Putera Shazlan, pasti ramai yang masih ingat dengan pemegang watak utama bagi drama tersebut iaitu Shafimie Saedon atau mesra dipanggil Fimie Don. Drama bermusim yang disiarkan pada tahun 2008 itu sangat terkenal bukan sahaja dalam kalangan kanak-kanak malah orang dewasa.

Mula mencipta nama sejak berumur 5 tahun lagi, bakat besar dalam diri Fimie Don terutama sekali dalam bidang lakonan memang tidak perlu dipersoalkan lagi. Sejak kecil Fimie memang sudah lali dengan dunia glamour, sehingga kini umurnya sudah mencecah 24 tahun dia masih setia menjadikan lakonan sebagai karier utamanya.

Ramai yang masih tidak percaya bahawa si pelakon cilik dan comel yang dahulu sering dilihat di layar televisyen kini sudah semakin meningkat dewasa. Sejak dahulu lagi, Fimie memang terkenal dengan kepetahannya dalam bercakap juga sikap yang bersahaja.

Sama seperti Fimie, rakan selebritinya iaitu Syafie Naswip juga merupakan artis yang sudah menempa nama sejak kecil lagi. Video kebersamaan dua sabahat yang baru dimuatnaik oleh Syafie Naswip ke Instagramnya ini ternyata telah menarik perhatian ramai dengan keberadaan Fimie dalam video tersebut.

https://www.instagram.com/tv/CYmEk-DFk4M/?utm_source=ig_web_copy_link

Video tersebut turut disertai oleh pelakon hebat lain seperti Jasmin Hamid, Afifah Nasir dan ramai lagi. Mereka kini dikatakan sedang sibuk menjalani penggambaran bagi drama terbaru yang bertajuk Along hasil daripada lakonan pelakon-pelakon yang sememangnya hebat belaka.

Terkejut dengan keadaan fizikal Fimie yang kini sudah dewasa, ramai yang menganggap bahawa Fimie kini lebih berhak memang watak utama sebagai hero drama. Ini setanding dengan bakat yang dimilikinya serta pengalaman yang sudah ditempuh sejak kecil lagi.

Fimie juga menerima banjiran pujian dari para peminat yang mengatakan dirinya semakin kacak setelah meningkat dewasa kini.

Selamat maju jaya dan selamat kembali berlakon diucapkan buat Fimie Don. Ramai yang tidak sabar nak tonton bermacam lagi drama tempatan hasil lakonan dari Fimie yang sememangnya mempunyai peminat yang setia menyokong sejak dari kecil lagi.

Sumber: Instagram Syafie Naswip

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!