“Kau masak ke Fahmi masak”- Nisa Anisa

Baru- baru ini, penyanyi Wany Hasrita telahpun selamat di satukan bersama pasangannya Mohd Al-Adib Fahmi. Beliau selamat bernikah dengan jejaka pilihannya itu di sebuah premis acara di Damansara Perdana, Pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapa Wany iaitu Hasbullah Hassan dengan disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan Qariah M4sjid Al Mukarramah Daerah Petaling, Mat Syaharuddin Al Rasyid Mat Isa.

Pada majlis itu, Wany atau nama sebenar, Nurshazwany Hasrita Hasbullah menerima mas kahwin sebentuk cincin berlian. Bagaimanapun, wang hantaran dirahsiakan serta tiada dulang hantaran daripada kedua-dua pihak.

Wany yang popular dengan lagu Menahan Rindu bersyukur majlis dirancang lancar dan berterima kasih kepada keluarga, rakan dan peminat yang sentiasa mendoakan yang terbaik buat dirinya.

Berkongsi mengenai jejaka yang berjaya menambat hati dan bekerja dalam bidang penerbangan di Kuching Sarawak itu, Wany berkata, mereka mula rapat sejak 2019.

Wany yang juga Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31 pada 2018, berkata, mereka bertunang pada 26 Februari lalu.

Menerusi Instagram pelantun lagu Cinta Khayalan itu, satu hantaran terbaru yang berbentuk video memaparkan beliau dan suaminya sedang menjamu selera. Wany juga berkongsi mempromosikan produk Flavettes kebaikan produk Flavettes di hantaran berkenaan.

Buat pertama kalinya, ramai yang teruja dengan perkongsian Wany berkenaan. Video tersebut antara video pertama beliau berkongsi kelibat suaminya meskipun wajah suaminya tidak di tunjukkan sepenuhnya di dalam video itu.

Peminat berkata video promosi tersebut kelihatan berseri lain macam di sebabkan penampilan khas yang di tonjolkan oleh Wany.

Menjengah keruangan komen, rata – rata peminat berkata mereka merasa tidak puas dengan video promosi yang memaparkan kelibat suami Wany itu.

Sudah pasti peminat lebih gembira sekiranya dapat melihat perkembangan terkini kehidupan pasangan itu setelah majlis perkahwinan mereka pada bulan lalu. Berikut dikongsikan komen- komen netizen terhadap hantaran video berkenaan.

Wany Hasrita merupakan antara penyanyi wanita yang sentiasa berpakaian sopan serta menjaga penampilan beliau. Ramai peminat yang turut gembira dengan kehidupan Wany sekarang yang sedang berbunga bahagia.

Sumber: ig wany hasrita

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!