“Pandai betul si kecik tu buat review”- Netizen

Bagi peminat si cilik, pasti sudah lali mendengar nama Hayder Qhalish iaitu anak kepada pelakon dan juga penjaga gol bola sepak negara. Kepetahan nya berbicara memang tidak dapat dinafikan lagi. Ada je idea nya yang membuatkan netizen geram nya. Siapa je tak geram bila tengok budak comel kan, ingin dicub1t-cu1t pipinya yang gebu tu.

Hayder yang merupakan anak sulung kepada pasangan Eyra Hazali dan Haziq Nadzli kini sudah berusia 2 tahun, rasa macam cepat je masa berlalu kan. Tapi, walaupun baru saja berusia 2, sudah ramai peminat tau. Kecil lagi sudah ramai peminat, belum besar lagi ni.

Eyra dan Haziq yang telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2019, di mana ketika itu masing-masing berusia 20 dan 21 tahun. Eyra yang merupakan salah satu anak seni tanah air, manakala Haziq pula merupakan penjaga gol bola sepak negara dan juga club terkenal iaitu JDT. Wah, hebat-hebat ya mama dan papa Hayder ni.

Agaknya, Hayder akan mengikut jejak langkah Eyra atau Haziq ya ? Bayangkan jikalau Hayder menjadi anak seni atau pemain bola sepak. Wah, sangat menarik. Nanti makin ramai lah peminat-peminat Hayder kan.

Pasangan tersebut kini sudah mempunyai dua orang cahaya mata iaitu ,Hayder Qhalish dan juga Endra Haqimie. Eyra yang baru saja melahirkan cahaya mata keduanya April lepas. Kiranya, Hayder dah ada adik baru lah kan.

Baru-baru ini, Eyra memuat naik video beliau melakukan review produk. Tapi, apa yang lebih menarik perhatian para netizen apabila si kecil Hayder itu juga ingin join mamanya membuat review. Amboi, pandai betul ya kamu ni dik.

Kecil-kecil dah banyak celoteh, setiap apa yang mamanya tuturkan, akan diikut oleh Hayder. Boleh lah lepas ni buat partnership dengan Hayder. Hayder dah pandai buat review. Macm-macam je idea si budak comel ni.

Antara komen netizen ialah “Cerdik betul bdk kecik tu”, “Hayder selalu buat aunty senyum taw, love you both” dan banyak lagi. Agaknya pasti netizen tersenyum-senyum sendiri apabila melihat karenah Hayder dalam video tersebut.

Justeru, jika para netizen ingin melihat lagi celoteh si kecil molek ni, bolehla ke laman Instagram Eyra Hazali atau Haziq. Lepas ni, tunggu Endra pula, buat review dengan Hayder. Pasti membuatkan para netizen tidak henti-henti senyum.

Sumber : IgEyra.hazali

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!