“Ni baru versi yang boleh diterima”- Netizen

Pasangan selebriti Uqasha Senrose dan Kamal Adli sebelum ini pernah mengejutkan netizen apabila mereka sudah bernikah di satu majlis tertutup pada 5 November lalu. Sebulan selepas bernikah, baru pasangan ini mengumumkan secara rasmi yang mereka sudah bergelar suami isteri. Tidak dinafikan, Kamal dan Uqasha antara pasangan selebriti yang romantik dan menjadi kesukaan ramai netizen.

Terdahulu, kisah cinta Kamal dan Uqasha menjadi sebutan ramai apabila Kamal pernah melamar Uqasha secara langsung pada siaran Anugerah Meletop Era pada 2020. Hubungan cinta Kamal dan Uqasha mula menjadi perhatian peminat selepas digandingkan dalam drama Setelah Terlafaznya Akad arahan Michael Ang.

Selain itu, setiap posting mereka berdua di Instagram pasti dipenuhi komen-komen netizen yang suka melihat kemesraan pasangan sama cantik sama padan ini.

Semenjak berkahwin, makin romantik melihat mereka berdua. Ada saja video dan foto mesra Kamal dan Uqasha yang dikongsi di Instagram.

Malah baru-baru ini, video Uqasha dan Kamal yang dimuatnaik di instagram Uqasha sendiri mencuri tumpuan ramai termasuklah rakan-rakan artis.

Video versi Uqasha dan Kamal yang meniru versi suara Dato Vida dan Iqbal membuatkan ramai netizen suka melihatnya. Video sekadar suka-suka itu dimuatnaik Uqasha sehingga ditonton sebanyak 600,000 tontonan dan hampir 1000 komen.

Gelagat Uqasha dan Kamal juga menghiburkan netizen dengan versi suami isteri ini. Bka kata netizen, versi yang boleh diterima ramai berbanding versi Dato Vida dan Iqbal.

Melihat pada perkembangan Uqasha dan Kamal,mereka masing-masing sibuk menguruskan perniagaan mereka selain berlakon.

Semenjak bergelar suami isteri ini, nampak sibuk Kamal dan Uqasha walaupun sempat berkongsi video romantik. Semoga ikatan perkahwinan mereka kekal hingga syurga.

Alahai romantik betul Uqasha dengan Kamal ini. Netizen pun ramai suka tengok pasangan romantik ini. Ada je video mereka yang menghiburkan netizen.

Sumber: Instagram uqashasenrose

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!