“Mendalam betol ayat Dayah tu”- Netizen

Pemergian Allahyarham Abam Bocey pada tahun 2020 mengejutkan ramai pihak termasuklah peminat dan rakan-rakannya. Kehilangan Abam cukup memberi kesan terutama kepada keluarga dan balu serta anaknya. Sudah pasti ramai mengenali balu kepada Allahyarham Abam iaitu Hidayah yang telah menerima perhatian netizen lebih-lebih lagi selepas mengalami konflik dengan adik iparnya, Ali Puteh.

Kisah Hidayah menjadi bualan netizen di laman sosial media semenjak isu beliau bersama Ali Puteh hangat diperkatakan baru-baru ini. Isu saman fitnah juga berpihak pada Hidayah dan Ali diperintah untuk membayar sejumlah wang bernilai RM60,000 berhubung laporan berpunca daripada hantaran Instagram yang didakwa menj4tuhkan maruah dan mengaibkan Hidayah dua tahun lalu.

Kemenangan Hidayah sekaligus membuatkan ramai netizen turut sama berpuas hati dan titip doa yang terbaik buat Hidayah.

Sementara itu, salah satu posting video oleh Hidayah mencuuri tumpuan netizen apabila kata-kata beliau seolah-olah menggambar situasi yang berlaku pada dirinya sendiri.

Kata-kata motivasi yantog diberi Hidayah menerusi posting video itu juga mempunyai maksud yang cukup mendalam dan membuatkan netizen percaya, ibu kepada seorang anak ini adalah wanita yang tabah.

Selain itu, sebahagian netizen akui Hidayah kini lebih kelihatan cantik semenjak aktif dalam bidang perniagaan kosmetik. Tidak lupa juga, netizen sentiasa titip doa buat Hidayah dan berharap agar Hidayah terus kuat menjalani dugaan demi anaknya, Hamzah.

Posting video Hidayah menerima sokongan daripada netizen dan ditonton sehingga 205,000 tontonan serta 300 komen.

Menerusi perkembangan Hidayah, beliau sibuk menguruskan perniagaannya di samping menjaga Hamzah yang kini sudah membesar dengan sihat. Perkembangan Hamzah turut diikuti oleh netizen dari kecil hinggalah sekarang.

Dan netizen juga sentiasa menyokong Hidayah dari segi perniagaan dan mengikuti perkembangan Hidayah juga.

Alhamdulillah tengok Hidayah sekarang dah makin maju perniagaannya. Semoga murah rezeki buat Hidayah dan anaknya. Comel betul tengok Hamzah sekarang, sama iras macam Allahyarham Abam.

Sumber: Instagram hidayah_hamzahh

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!