“Dengar dia panggil kakak tu pun dah sayu” – Netizen

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon cantik Dayana Roza. Dayana Roza mulai aktif dalam industri hiburan sejak tahun 2009 setelah beliau mendapat tempat ketiga menerusi program Anak Wayang. Dayana Roza atau nama sebenar beliau iaitu Nur Dayana Binti Kamsun Baharin itu juga mulai di kenali ramai setelah memegang watak utama menerusi drama Asam Pedas Untuk Dia yang bersiaran pada tahun 2015.

Kebelakangan ini, ramai artis yang mempunyai haiwan peliharaan mereka sendiri. Rata- ratanya mempunyai seekor kucing yang menjadi peneman setia mereka malahan sering berkongsi gelagat haiwan peliharaan berkenaan di media sosial masing- masing.

Antara selebriti yang di kenali mempunyai haiwan peliharaan yang cukup popular ialah pasangan pelakon Hanis Zalikha dan Hairul Azreen. Pasangan ini mempunyai seekor kucing yang sangat popular yang bernama Bujibu Chempel.

Gelagat lucu kucing berkenaan sering memikat hati warganet sehinggakan media sosial kucing berkenaan sehingga kini mempunyai sebanyak 1.5 juta pengikut.

Namun begitu berlainan pula dengan pelakon drama Kabus Hati Laila ini, Dayana Roza juga mempunyai haiwan peliharaan beliau tersendiri iaitu seekor burung kakak tua.

Berkongsi video terkini di Instagram, Dayana memuatnaik satu video yang memaparkan suasana ketika beliau terpaksa berpisah dengan burung kakak tua peliharaan beliau.

Kongsi Dayana di Instagram lagi, burung kakak tua itu akan di hantar ke pusat latihan khas burung kakak tua kelolaan Parrot Mall Official. Latihan tersebut bakal mengambil masa selama sebulan.

Bagaimanapun gelagat burung kakak tua berkenaan yang manja di panggil sebagai Loki itu kelihatan sangat sedih dan sayu menarik perhatian Netizen.

Di dalam video berkenaan, burung kakak tua tersebut berkali- kali memanggil Dayana sebagai kakak berulang kali kerana tidak mahu berpisah dengan tuannya itu.

Dayana juga tidak mampu menyembunyikan perasaan sedih beliau ketika terpaksa melepaskan burung peliharaannya itu kepada pihak pengurusan latihan berkenaan.

Dayana berkata beliau pastinya akan merindui suara burung kakak tua berkenaan di rumahnya yang sering memanggil beliau sebagai kakak.

Sebagai melepaskan rindu, Dayana juga bercadang untuk melawat burung kakak tua itu di pusat latihan setelah selesai menjalani penggambaran drama ke esokkan harinya.

Situasi yang cukup menyedihkan itu juga membuatkan para pengikut akaun Instagram Dayana meluahkan rasa sedih dan merasa sayu melihatkan haiwan peliharaan yang manja itu terpaksa berpisah dengan Dayana.

Di dalam video yang di rakamkan itu juga, burung tersebut sempat berkata “Loki tak nak kak” Berikut di kongsikan komen- komen netizen.

Menjawab persoalan netizen di Instagram, ada yang berminat dan bertanyakan mengenai harga untuk memiliki burung kakak tua, Dayana berkata harga pasaran sekarang sudah agak murah.

Menurut Dayana lagi, ada penjual yang menjual burung kakak tua yang masih bayi dengan harga 7 ribu. Namun beliau kurang pasti harga berkenaan termasuk lesen peliharaan bersama mahupun tidak.

Kongsi Dayana lagi, burung kakak tua yang dewasa lebih mahal kerana sudah senang di jaga manakala burung kakak tua yang masih di peringkat bayi agak sukar di jaga kerana perlu untuk di suapkan makanan.

Menerusi ruangan komen itu juga, terdapat seorang individu yang berkongsikan bahawa di sekitar Kuala Lumpur juga terdapat penjual burung kakak tua yang menjual haiwan peliharaan ini dengan harga mampu milik.

Sumber: ig dayana roza

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!