“Tu bukan kasut sukan woi”- Netizen

Bagi wanita, kasut adalah antara salah satu aksesori kaki yang menampilkan personaliti mereka. Setiap kasut yang dipakai mereka mampu membuatkan golongan wanita lebih yakin dan cantik. Tak dinafikan, setiap kasut melambangkan personaliti seseorang. Seperti kasut tumit tinggi, kita sendiri dapat melihat aura golongan selebriti yang memakainya. Cantik dan cukup elegan dengan gaya masing-masing.

Seperti selebriti Fazura, beliau sentiasa tampil dengan kasut bertumit tinggi. Jangan terkejut, mereka yang bergelar selebriti ini kadang-kala memakai tumit tinggi ketika sarat hamil. Memandangkan mereka sudah biasa dengan kasut bertumit tinggi, tiada masalah bagi mereka.

Namun baru-baru ini, Fazura tampil dengan memakai sneakers yang kita sedia tahu cukup selesa dan sesuai bagi yang sukakan keselesaan.

Gara-gara Fazura memakai sneaker di salah sebuah majlis baru baru ini, ia sudah mengundang tanda tanya kepada netizen dan pihak media tentang status sebenar kehamilan Fazura.

Menerusi temubual Hlive bersama Fazura, kelihatan Fazura memakai sneaker dan beliau sendiri akui, ketika hamilkan Fatima Fazura sering memakai kasut bertumit tinggi.

Selain itu, rata-rata netizen teruja dan suka melihat kecantikan semulajadi Fazura dari dahulu sehinggalah sekarang.

Malah anaknya iaitu Fatima pun menjadi perhatian netizen setiap kali berkongsi video dan gambar di Instagram.

Sementara itu, video dikongsi oleh instagram Hlive telah menerima 182,000 to tontonan sejak dimuatnaik Selasa.

Fazura dikatakan mengalami kesakiitan di bahagian kaki namun tidak dinyatakan sebab. Semoga Faz cepat sembuh ya.

Kesian Fazura terpaksa pakai sneaker sebab kaki sakiit. Tapi Fazura tetap nampak cantik dengan sneakers dia hehe..

Sumber: Instagram officialhlive

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!