“Sebijik sgt muka bondanya masa muda2 dulu”- Netizen

Kisah perjuangan penyanyi dan pelakon Elyana yang selama ini berjuang melaawan knsr limf0ma selama 11 tahun cukup memberikan inspirasi buat ramai orang. Elyana hanya mula berkongsi mengenai peny4kitnya itu kepada orang ramai setelah dirinya tersingkir ketika menyertai program nyanyian Gegar Vaganza musim ke empat. Walaubagaimanapun penderitaan Elyana berakhir apabila disahkan bebas dan pulih daripada peny4kit knsr limf0ma itu sekitar bulan Disember tahun lalu.

Bagaikan diberi ny4wa kedua, Elyana telah berkongsi berita gembira tersebut menerusi hantaran dalam laman Instagram beliau. Elyana atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal bersyukur kerana doanya selama ini dimakbulkan oleh Allah.

Penyanyi berkenaan juga turut mengucapkan terima kasih terhadap rakan- rakan dan juga para pengikut beliau yang telah mendoakan kesihatan dan kesejahteraan beliau selama ini.

Meskipun pend3ritaan yang ditanggung oleh beliau sejak 11 tahun yang lalu itu sudahpun berakhir, namun penyanyi lagu Tak Tercapai Akalmu dan Niat itu tetap perlu menjalani beberapa lagi sesi rawatan kimoterapi dan mengikuti tarikh janji temu bersama dktor yang merawat beliau.

Kongsi Elyana lagi, rawatan berkala beliau masih lagi berbaki kira-kira empat kali sesi kimoterapi. Kesihatan dirinya juga sudah bertambah baik walaubagaimanapun beliau tidak di sarankan untuk membuat kerja yang berat.

Elyana juga berkata beliau tidak mahu mengambil mudah apabila di sahkan bebas peny4kit tersebut dan harus berdisiplin menepati proses rawatan yang masih berbaki demi kesihatannya.

Buat para peminat dan pengikut akaun Instagram Elyana, rata- ratanya gembira apabila perjuangan penyanyi berkenaan untuk melawan knsr limfoma sudah menemui titik noktah.

Namun penyanyi tersebut sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga kerana menyedari pada bila-bila masa sel knsr boleh merebak kembali.

Sebelum ini Elyana pernah berkongsi keadaan dirinya yang tidak pernah berhenti berharap malahan jauh sekali menyerah kalah untuk berjuang melawan kes4kitan yang dihadapinya selama lebih sedekad itu.

Elyana berkahwin dengan Khairul Anuar pada 2010 dan memiliki anak perempuan, Cinta Sumayyah, 11, dan Cahaya Ramadhani yang berusia lebih dua tahun.

Menerusi satu perkongsian terbaru penyanyi berkenaan di Instagram, beliau memuatnaik satu video yang memaparkan beliau bersama kedua orang anak- anak perempuannya iaitu Cinta dan Cahaya.

Anak sulung beliau iaitu Cinta Sumayyah sangat mewarisi wajah jelita beliau sehingga ramai netizen yang berpendapat anaknya itu seiras wajah beliau ketika muda.

Menerusi video terbaru itu juga kelihatan wajah Elyana sedikit berisi daripada sebelum ini dan keadaan dirinya juga kelihatan semakin sihat dan berseri- seri.

Ramai yang mendoakan agar penyanyi tersebut terus dikurniakan kesihatan yang baik dan berpanjangan serta sentiasa bahagia bersama keluarganya. Berikut dikongsikan komen- komen netizen.

Sebagai rekod, Elyana menghidap knsr sejak 2010 dan jangkaan awal dktor, beliau hanya mampu untuk hidup selama setahun sahaja kerana knsr itu turut menyerang dan merebak ke beberapa organ badan yang penting seperti rahim, hati dan pangkal paha.

Sumber: ig elyana

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!