“Kalau tengok Nora auto teringat dia nangis2 pakai telekung”- Netizen

Jika anda masih mengikuti perkembangan pelakon cantik, Nora Danish pastinya ramai pernah menonton drama popular lakonannya menerusi cerita ‘Puteri’. Dengan tagline ‘So kita enjoy’ dalam intro drama siri popular itu, ia sememangnya mengingatkan kita pada kegemilangan drama tersebut. Sehingga kini, drama dan filem lakonan Nora Danish menjadi pilihan ramai penonton.

Melihat pada laman sosial media milik Nora, beliau sentiasa aktif di Instagram dan popular dengan trend Tiktok. Ada sahaja video Tiktok milik Nora yang viral di laman sosial media.

Malah baru baru ini menerusi laman instagramnya, beliau telah memuatnaik gambar melancong di Pulau Langkawi apabila hari ini bermulanya pembukaan rasmi tempat perlancongan popular itu selepas beberapa bulan ditutup.

Namun foto milik Nora yang dikongsi di Instagram telah mencuri tumpuan ramai. Netizen mula memenuhi ruangan komen memberi teguran selepas melihat pakaian yang dipakai oleh Nora.

Foto yang dikongsi Nora juga telah menerima 37,000 tanda suka. Walau bagaimana pun, Nora telah menutupi komen sebentar tadi selepas menerima teguran daripada netizen.

Nora dikatakan sedang bercuti bersama keluarganya di Pulau Langkawi selepas berkongsi foto serta video di Instagram Story.

Kita doa yang baik-baik buat Nora ye. Jaanganlah terlalu kecaam Nora, dia pun manusia seperti kita.

Sumber: Instagram Noradanish

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!