“Ngam dh tu umur msing2 dh lanjut tu blh proceed”- Netizen

Jodoh dan aj4l adalah dua perkara yang ditentukan oleh Tuhan. Namun, jodoh adalah sesuatu perkara yang kita perlu usahakan jika kita inginkan pasangan. Usaha itu adalah dari kita membuka pintu hati kita untuk mengenali seseorang dengan lebih mendalam. proses mengenali seseorang ini bukan hanya mengenali dirinya sahaja malah kita mengenalkan diri kita kepada orang tersebut.

Siapa lagi yang tidak asing mendengar nama pelawak dan penyanyi rapper, Zizan Razak. Beliau yang berasal dari Terengganu telah membina nama beliau dalam industri sejak tahun 2007 dengan memenangi tempat kedua dalam Raja Lawak musim pertama.

Pada usia 37 tahun, beliau bukan sahaja berjaya dalam menjayakan beberapa filem aksi dan kelakar, tetapi beliau juga telah menjayakan beberapa rakaman lagu dan sekarang sudah memiliki restoran sendiri bernama Ktown Bbq di tengah kota Kuala Lumpur.

Dan seperti semua ketahui, beliau masih lagi bujang hingga kini. Dahulu pernah dikaitkan dengan beberapa artis wanita namun itu hanyalah kontroversi beliau dalam industri hiburan.

Baru-baru ini, terdapat sumber mengatakan bahawa beliau kini sedang menjayakan sebuah filem dibawah arahan Ghaz Abu Bak4r. Filem tersebut akan dijayakan bersama beberapa pelakon lain seperti Daiyan Trisha, Aziz M. Osman dan ramai lagi.

Baru-baru ini, Zizan ada berkongsi beberapa gambar beliau ber’selfie’ bersama pelakon wanita Daiyan Trisha di restoran beliau. Dilihat Zizan dan Daiyan berpakaian kasual dan menangkap gambar selepas menjamu selera.

Didalam kapsyen Zizan di kongsian ig beliau itu, beliau berkata beliau baru ketahui bahawa Daiyan sebenarnya suka memakan makanan Korea. Tambahnya lagi ketawa Daiyan sangat kuat tapi Zizan tidak kisah janji Daiyan bahagia.

Netizen terhibur melihat gambar-gambar Zizan dan Daiyan tersebut dan kapsyen kelakar Zizan. Ada juga sempat bergurau berkata dua orang selebriti itu sudah lanjut usia dan sudah boleh teruskan ke fasa seterusnya.

Jodoh ini adalah ketentuan Illahi. Kita sebagai manusia hanya mampu merancang sahaja. Sebagai seorang individu yang mencari pasangan hidup, kita perlu juga mengambil berat tentang personaliti antara satu sama lain kerana menerima seadanya pasangan itu adalah sangat penting.

sumber : instagram zizanrazak869

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!