“Comelnya boolat betul mata tu”- Netizen

Ayyash Affan, nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Semua tahu kisah anak kecil ini. Beliau, yang sangat dikasihi oleh rakyat Malaysia. Semua mak-mak menyanyangi anak ini. Anak bongsu kepada Shuib dan arwh Siti Sarah. Semakin hari semakin membesar dengan sihat malah bermacam perangai sendiri yang sudah pandai dan bijak.

Terbaru, perkongsian dari laman ig Siti Sarah yang dikemaskini setiap hari oleh salah seorang pekerja Shuib. Melihat Ayyash berada di dalam bakul, membuatkan ramai memberikan respon yang baik.

Kelihatan Ayyash sudah semakin membesar, malah ketampanannya kian menyerlah. Badannya juga semakin sihat dan berisi.

Membuatkan beliau nampak tembam dan ramai yang geram akan pipinya yang gebu dan lembut.

Bukan setakat pipi, kaki, dan badannya yang gempal, gebu dan tembam. Matanya pula bulat menyerlah, tepat memandang kamera.

Adik bongsu daripada empat beradik ini sangat disayangi, malah terkenal sehingga dinegera jiran juga mengenalinya. Mata yang bulat mewarisi mata arw4h ibunya.

Doa mereka untuk anak-anak ini sentiasa yang baik-baik. Dan penjaga mereka seperti Shuib, daddynya, atoknya dan makde pun membahagiakan mereka senantiasa.

Netizen banyak memberikan komen diruangan komen yang diberi. Antara komen-komen mendoakan kesejahteraan Ayyash.

Tak sabar pula nak melihat Ayyash membesar menjadi penyanyi kah. Atau petah bercakap macam abang dan kakaknya.

Sumber: ig sitisarahraissuddin

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!