“12 Februari 2023, sambutan hari lahir Lila disambut sederhana di Bumi Allah”-Awal Ashaari

Tiap kali tibanya bulan lahir orang yang kita sayang, sudah tentu kita semua adalah insan yang terpaling excited nak sambut hari jadi mereka. Sudah tentu banyak plan yang telah dilakukan nak buat surprise untuk insan yang paling kita sayang dan kagumi. Betul tak korang semua ?

Tetapi, kadang tu, tak perlu buat majlis yang grand dan mewah pun takpa, cukuplah sekadar yang kita ada dan memadai, yang penting adalah bersyukur dan celebrate takat mana yang kita mampu sahaja. Mana yang mampu, kita patut bersyukur.

Tetapi, keluarga Awal Ashaari kali ini membawa kelainan setelah mereka meraikan ulang tahun anak mereka yang bernama Lila Amina atau lebih mesra dikenali sebagai Tite di bumi barakah. Teruja sangat tengok video yang dimuat naik oleh Awal.

Awal yang memuat naik video di mana beliau menyambut ulang tahun anak kesayangan nya itu, di Tanah Suci, dengan memberi makanan kepada Jemaah yang ada di situ. Ramai yang dapat merasa keberkatan itu.

Teruja dan sangat terharu melihat video yang dimuat naik oleh Awal tu. Ramai yang dapat rasa makanan tersebut. Semoga dengan sedekah yang diberikan lebih-lebih lagi di Tanah Suci itu dapat memberi keberkatan kepada semua.

Lila yang baru sahaja berumur 2 tahun, tapi lagaknya sudah seperti orang besar. Sungguh bijak dan sangat comel budaknya. Geram sangat tengok Lila yang sangat comel tu. Ada saja ragam dan lagaknya yang menghiburkan semua.

Lila dan kakak nya, sama sahaja perangai mereka yang comel dan melucukan tu. Bak kat netizen, dua beradik ni macam copy paste saja muka dan juga perangai mereka. Lila ni macam Lara ketika waktu kecil nya dahulu.

Bila tengok Lila, rasa macam baru je teringatkan moment di mana Lara yang menangis teresak-esak sebab taknak adik time kecik dulu.Sekarang ni, dah jadi bestie dan juga member paling rapat dan paling dia sayang.

Selamat ulang tahun diucapkan kepada sip uteri Lila Amina, semoga terus membesar dan menjadi anak yang baik. Semoga diberikan kesihatan yang berpanjangan dan juga menjadi anak yang solehah kepada orang tua nya.

Sumber : Ig Awalashaari

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!