“Senaman tangan ke tu” – Netizen

Tak dinafikan memang geram sungguh jika lihat wajah bayi-bayi comel. Yang sering mendapat sorotan dan perhatian lebih sudah tentunya pada anak-anak selebriti. Tidak kiralah dari pihak media  atau peminat dan netizen yang sentiasa ingin melihat perkembangan semasa anak-anak dari para selebriti. Malah ada segelintir yang membuktikan bahawa anak mendapat populariti yang lebih besar dari ibu bapa mereka.

Setelah beberapa tahun berhijrah dan menetap bersama suami di Australia, Raja Ilya dan keluarga kecilnya itu sempat pulang ke tanah air beberapa minggu lalu bagi melawat keluarga tersayang. Kepulangannya sangat dinanti oleh keluarga malah peminat kepada puteri sulungnya itu yang memang terkenal di media sosial.

Suami kepada Raja Ilya yang merupakan ahli perniagaan warganegara Australia inilah yang menyebabkan tekadnya kuat untuk pergi ke luar negara dan menetap di sana. Namun, peminat masih tidak pernah lupa dengan pelakon yang sangat berbakat besar ini yang kini tidak lagi dilihat di kaca TV.

Puteri sulung kepada pasangan ini yang bernama Talita Love Garrett yang mengikut nama keluarga dari ayahnya itu iaitu Trent Garrett ini yang sangat terkenal di Malaysia. Suami kepada Raja Ilya juga kini sudah boleh berbahasa Melayu sedikit demi sedikit walaupun masih banyak yang perlu dipelaj4ri.

Disebabkan wajah Talita Love Garrett yang sangat comel dan tembam itulah yang membuat peminat-peminatnya di Malaysia ini sentiasa menantikan setiap update terbaru dari ibunya itu.

Walau masih berumur 8 bulan, Talita dilihat sangat bijak memberi tindak balas apabila bermain dengan ibu atau ayahnya itu. Apa yang sering membuat peminat tidak keruan adalah pada pipi, tangan dan kakinya itu yang sememangnya sangat semangat bak kata orang-orang dulu.

Tak cukup dengan geram, bahagian komen pada video yang dikongsi oleh Raja Ilya di Instagramnya itu telah dipenuhi dengan peminat yang tidak sanggup menahan geram sehingga mahu menggigit pipi pau Talita itu. Tetapi, ada juga yang menegur bahawa Talita kini dilihat lebih mirip ayahnya berbanding ibunya.

Memang comel sangat pipi pau Talita tu. Pandai sangat dah Talita sekarang bergurau dengan ibu ayah. Kejap lagi bila dah masuk umur setahun mesti Talita akan lebih bijak lagi dari sekarang. Mesti peminat semua tak sabar nak tengok tumbesaran Talita setiap hari.

Sumber: Instagram Raja Ilya

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!