“Kenapa blur sangat” – Netizen

Sebelum melakukan sesuatu sepatutnya kita sudah bersedia. Kadang tiada persediaan atau perlu melakukan sesuatu tanpa dirancang mahupun secara tiba-tiba membuatkan kita kelihatan ‘blur’ di mata orang lain ketika menghadapinya. Itu barangkali boleh dikatakan mengenai pelakon dan penyanyi cantik, Elizabeth Tan ini. Lihat saj4lah perkongsian video oleh dirinya sendiri di Instagramnya ini.

Gamaknya Elizabeth atau mesra membahasakan dirinya dengan nama Lizzy ini pun perasan akan keadaannya yang sedemikian Rupa. Seperti kapsyen di hantarannya yang membayangkan wajahnya sedemikian bila ‘tak tau apa-apa’.

Seperti biasa ada-ada saja perkongsian Lizzy yang kadang banyak mengundang rasa lucu buat netizen ini kan… Pastinya bukan saja Lizzy seorang, ramai lagi biasanya akan sebegitu dalam keadaan tak tau apa-apa.

Barangkali dia baharu bangun tidur dan terus pergi ke set lokasi. Pulak tu terus dapat permintaan untuk dinteviu agaknya. Apa pun wajah blur Lizzy sebegitu memang nampak agak lucu tapi masih comel.

“Alaaaa Comeyyy”, “Elizabeth “Psyduck” Tan”, “Lol that last look”, “Why blur sangat?”, “Comel betul kamu lizzy”, “Lain kali Google dulu Lizzy sebelum jawab interview”. Itu antara layangan komen netizen.

Lizzy memulakan kerjaya muzik dengan memuatnaik videonya di YouTube. Hanya dengan berbekalkan sebuah ukulele, dia menyampaikan lagu-lagu saduran dengan begitu baik. Antara lagu saduran yang sudah dihasilkannya, lagu “Pencuri”; nyanyian asal Mark Adam, “Kantoi” oleh Zee Avi, Maafkan Aku.

Dia juga melantunkan beberapa lagu nyanyian Yuna seperti “Terukir Di Bintang”, “Deeper Conversation” dan banyak lagi lagu lain. Lizzy mula mencuri perhatian ramai menerusi lagu “Havoc”, yang juga nyanyian asal Joe Flizzow pada hujung 2014.

Selepas video tersebut dimuat naik, dia dihubungi oleh banyak syarikat rakaman bagi menjadikannya artis rakaman. Elizabeth kemudian menjadi artis Faithful Music milik Faizal Tahir, di bawah pengurusan Paranormal Talents.

Selain menyanyi, Lizzy berketurunan Cina ini juga seorang model dan pelakon ya… Dia memulakan kerjaya muziknya dengan menghasilkan single “Knock Knock” (2014), “Setia” menampilkan Faizal Tahir (2015) dan “Tabah” (2016).

Dilahirkan pada 18 November 1993 di ibu negara, jangan tak tahu anak bongsu daripada tiga beradik ini rupanya abang sulungnya, Andrew Tan ialah bekas peserta Malaysian Idol musim pertama. Ada d4rah seni juga…

Sumber : IG Elizabeth Tan

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!