“Mamu muka gster tp hati ada taman” – Netizen

Umum mengetahui mengenai perpisahan pelakon Sharnaaz Ahmad dan juga kakak kepada Neelofa iaitu Noor Nabila tahun lalu. Malahan ketika Nabila membuat keputusan untuk mendirikan rumahtangga bersama Engku Emran pada bulan Mac tahun ini, para peminat Sharnaaz agak bersedih kerana mahukan pelakon Bukan Aku Tak Cinta dan bekas isterinya itu kembali bersama demi anak tunggal mereka Jebat Jayden.

Walaupun telah berpisah namun mereka berdua masih mengekalkan hubungan baik dan bersikap professional demi memberikan kasih sayang dan juga yang terbaik buat anak mereka. Pasangan tersebut telahpun bercerrai secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Kasih sayang Sharnaaz buat anaknya itu juga sering mencuri tumpuan warganet apabila Sharnaaz kerap berkongsi video beliau melakukan aktiviti bersama anaknya. Berkongsi tarikh kelahiran yang sama bersama Jebat Jayden iaitu pada tanggal 30 Ogos yang lalu, Sharnaaz cuba memenuhi permintaan dan keinginan anaknya itu sedaya upaya beliau.

Namun begitu, coretan ucapan yang dtulis oleh Sharnaaz telah menyentuh jiwa para pengikut akaun instagramnya apabila pelakon lelaki itu telah memohon maaf sekiranya tidak dapat menjadi seorang bapa yang baik kepada Jebat.

Tidak ketinggalan mngalkan komen di entri coretan Sharnaaz itu adalah Nabila yang menulis komen memberikan penghargaan kepada Sharnaaz kerana telah menjadi seorang bapa yang penyayang terhadap Jebat. Malahan Nabila juga berkata Jebat amat bertuah kerana memiliki seorang bapa seperti Sharnaaz.

Lebih menyerlah sifat penyayang yang dimiliki oleh Sharnaaz itu apabila Emma Maembong menerusi Instagram anaknya telah berkongsikan video terkini Sharnaaz yang sedang mendukung dan melayani anaknya Shariq Gabriel dengan penuh kasih sayang ketika mereka sedang berada di lokasi penggambaran bersama.

Dapat dilihat naluri kebapaan yang sangat kuat dimiliki oleh pelakon lelaki tersebut walaupun beliau selama ini dikenali kerana sering bergaya gstr melalui cara percakapan mahupun berpakaian namun melihatkan Sharnaaz melayani bayi tersebut, telah terserlah sifat bapa penyayang beliau.

Berkemungkinan besar Sharnaaz sedang merindui anaknya Jebat. Pastinya tidak mudah buat dirinya untuk memegang status sebagai seorang duda kerana beliau perlu menguruskan anaknya Jebat sendirian serta perlu berbahagi masa bersama bekas isterinya Nabila dalam menguruskan hal penjagaan anaknya itu.

Menjengah keruangan komen, rata-rata netizen telah mngalkan komen yang sangat positif terhadap Sharnaaz dengan memuji pelakon tersebut yang kelihatan sangat kebapaan menerusi cara beliau melayani anak Emma Maembong.

Netizen berkata meskipun wajah Sharnaz di gambarkan sebagai seorang yang gstr dan gaarang namun dihatinya tetap ada taman. Berikut antara komen-komen netizen.

Sebagai rekod Nabila sebelum ini pernah berseloroh dengan berkata kepada mana- mana wanita yang memasang niat untuk menjadi ibu tiri kepada Jebat, perlu melalui tapisan oleh dirinya terlebih dahulu.

Nabila atau nama sebenar beliau Noor Nabila Mohd Noor bagaimanapun telahpun mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Engku Emran Engku Zainal Abidin di sebuah msjid di ibu negara pada 19 Mac lalu.

Sememangnya Sharnaaz adalah ayah yang terbaik buat Jebat. Sehingga kini perkongsian di Instagram anak Emma itu telah mendapat 48,368 tanda suka. Mudah-mudahan Sharnaaz pula yang akan bertemu jodoh selepas ini.  Suka tengok hubungan baik Sharnaaz bersama bekas isteri dan anaknya.

umber: ig shariq gabriel

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!