“Naim Daniel, knp kita tak perasan diorg buat ni, kita kat situ tadi kan”- Achey

Sebut tentang selebriti terkenal Shuib, ramai mengenali kisah kehidupan Shuib yang bermula dari golongan tidak berkemampuan sehinggalah beliau kini sudah bergelar jutawan. Setelah memiliki perniagaan sendiri yang terkenal iaitu Bubble Bee, ramai peminat dan netizen menyokong perniagaan Shuib sehinggalah Shuib sudah membuka beberapa cawangan Bubble Bee di seluruh Malaysia. Syabas buat Shuib.

Seperti yang ramai sudah ketahui, Shuib telah diduga dengan dugaan yang besar apabila kehilangan isteri tercinta iaitu Allahyarham Siti Sarah Raisuddin.

Sedikit demi sedikit, Shuib bangkit dan kuat bersama anak-anak. Banyak video Shuib dan anak-anak sentiasa menjadi perhatian netizen.

Bukan itu sahaja, Shuib dan Zara Zya turut mencuri perhatian baru-baru ini apabila mereka bersaling kongsi video di Instagram masing-masing. Adakah mereka menjalinkan hubungan istimewa?

Begitulah persoalan daripada netizen apabila melihat video mesra Shuib bersama Zara baru-baru ini. Adakah sekadar marketing semata-mata atau hubungan yang serious, itulah persoalan daripada netizen.

Lebih mengejutkan apabila netizen sendiri sokong dan suka melihat hubungan baik antara Shuib dan Zara Zya. Kata netizen, mereka nampak lebih serasi bersama memandangkan kedua-duanya cukup menghiburkan netizen.

Sementara itu, video terbaru yang dikongsi Shuib menunjukkan dirinya sedang ‘dating’ berdua bersama Zara di Bubble Bee. Video berkenaan juga telah menerima hampir satu juta tontonan sejak dimuatnaik beberapa jam lalu.

Gelagat Zara cuba bergurau memikat Shuib membuatkan rakan artis turut memberi komen mengusik dua selebriti popular ini.

Ada juga sebahagian netizen membuat andaian, Zara bakal menjadi rakan bisnes kepada Shuib. Namun tiada pengesahan tentang perkara berkenaan daripada Shuib dan Zara sendiri.

Amboi nampak bahagia betul Shuib lepas dapat mini love dari Zara. Dah sesuai sangat dah tu, netizen pun dah approve hehe..

Sumber: Instagram shuib sepahtu

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!