“Lahh tengah dukung Ernie ke tu”- Netizen

Sememangnya ragam-ragam anak kecil menjadi kenangan kepada ibu bapanya setelah mereka meningkat dewasa. Sebab itulah kita kena cipta lebih banyak kenangan supaya iainya menjadi memori indah suatu masa nanti. Sesunguhnya kasih sayang ibu bapa kepada anak-anak tidak ternilai.

Kalau ditanya kepada ibu dan bapa apakah ragam semasa kita kecil, pasti mereka akan menceritakannya sambil bergelak ketawa. Bermacam ragam sewaktu kita kecil. Kalau lihat di luar rumah misalnya, pasti akan ada seorang bapa yang mengendong bayi kecilnya di bahu. Comel kan, teringat kenangan dulu.

Tetapi, lebih comel apabila ibu bapa yang terlebih proaktif dari anaknya. Sampai kan, macam anak nya pula yang kena melayan karenah parent nya itu. Begitulah situasi Syamel dengan anak comelnya Khawla.

Syamel  yang memuat naik video beliau dan anaknya mendapat banyak komen dan reaksi dari para netizen. Mana taknya diangkat-angkat nya Khawla kedepan kebelakang, si comel itu pula taktahu apa yang daddy nya sedang lakukan. Tergelak netizen melihat telatah comel anak-beranak ni.

Khawla yang kini baru saja berusia beberapa bulan telah mencuri  perhatian para netizen dengan kecomelannya itu. Bak kata netizen, copy paste muka mummy nya iaitu Ernie. Nanti besar akan cantik seperti mummy nya.

Pun begitu, kita sudah sedia maklum  mummy dan daddy Khawla lincah orangnya. Jarang duduk diam, ada saja telatahnya. Bak kata netizen seperti Khawla pula yang kena layan gelagat mummy dan daddynya. Kelakar betul.

Antara komen netizen ialah “aww so cute,geram tengok baby Khawla”, “Bangmel jgn geram sgt muka tu”, “Dah biasa dgn daddyku hihi..layankan je” dan sebagainya. Ramai yang geram tengok kecomelan mereka berdua.

Jika Khawla sudah meningkat dewasa, pasti keluarga tersebut bertambah ceria. Tak sabarlah para netizen nak tengok gelagat Khawla ditambahkan pula dengan mummy dan daddynya yang semunya comel-comel tu.

Tidak dinafikan bahawa keluarga Syamel ini memang comel-comel belaka dan banyak ragam, bermula dari Syamel sampailah ke anak nya. Kalau Khawla pun lincah macam mummy dan daddy nya, boleh bergegar rumah agaknya.

Sumber : Ig Syamel_official

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!