“Sampai kembang-kembang hid0ng nya”- Netizen

Memang tak dapat dinafikan, bahawa anak-anak kecil ini semuanya comel dan suka sangat tiru segala gelagat yang dilakukan oleh orang tua dan orang-orang sekeliling mereka. Kalau nampak kita buat itu ini, pasti akan ditiru mereka slow-slow. Tengok gelagat mereka yang tak pandai tu, sangat lah comel.

Buat jelah apa-apa pun, pasti mereka akan rasa nak tiru. Dari segi gaya perbualan kita, begitu juga dengan apa yang kita makan, pasti mereka nak try juga. Slow-slow nanti, pasti akan terbiasa macam orang tua mereka.

Kita makan itu, mereka nak makan juga, makan ini, pun mereka nak tiru. Alahai, comel betul perangai nya. Kadang tu, kena sorok makanan yang kita makan tu, supaya mereka tak ambil, bukan ada, kadang tu tak sesuai lagi bagi usia mereka tu.

Ada dimuat naik video Alisa anak kepada Hairul Azreen dan Hanis Zalikha yang mencuba makan hot Cheetos. Untuk makluman, Cheetos tu boleh tahan juga pedasnya tau, kita yang dewasa makan banyak-banyak pun rasa tak tahan pedas nya.

Tapi, yang menarik perhatian netizen setelah melihat gelagat Alisa yang mampu bertahan makan Cheeto tu tau. Mana taknya, steady je tengok dia duk gigit Cheetos tu, tapi nampak lah juga dia tahan pedas tu tau.

Ni mesti sebab tengok mummy dengan daddy dia yang boleh tahan makan Cheetos, kana dia pun jadi terus bersemangat nak habiskan Cheetos dia tu, mak aih, kuat semangat betul eh, berani sangat budaknya, dahla comel.

Rata-rata netizen ramai yang teruja melihat gelagat Alisa tu, mana taknya, gagah betul eh nak habiskan snack dia tu. Nanti dah besar, mesti lagi kuat pedas budaknya, kecik-kecik pun dah boleh tahan pedas, besar nanti lagi hebat.

Nak-nak, sekarang ni banyak sangat makan pedas dan viral kan, ada-ada saja yang trending dan membuatkan kita semua nak makan dan berpusu-pusu beli makanan tersebut, sanggup beratur panjang-panjang pula nak beli nya tu.

Justeru, gelagat Alisa tu sangat mencuri perhatian para netizen, mana taknya kembang-kembang hidung duk menahan pedas, tapi tetap berjaya, tunggu besar sikit boleh jadi mukbangers agaknya, hehe mesti ramai yang minat.

Sumber : Ig Haniszalikha

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!