“Ni bukan bunga manggar kat kenduri ke” – Netizen

Bunga manggar sememangnya mampu menaikkan seri dalam sesuatu majlis terutama di keramaian perkahwinan. Dengan material berbulu dan kilauannya, semakin meriah ia digunakan, semakin terpancar seri kilauannya. Gamaknya konsep itulah yang digunapakai dalam pemilihan busana selebriti yang sentiasa dilihat cantik gergaya dengan pakaian dan eksesori diri, Rozita Che Wan atau Che Ta ini.

Seperti biasa memperagakan busana menawan, ramai pula netizen yang tertarik dengan baju disarung Che Ta kali ini. Mana taknya, dengan jaket bermaterial luarannya kelihatan ala bunga manggar berwarna pink terang, ia berjaya menancap pandangan.

“Ni bukan bunga maggar kat kenduri ke?”, “Lepas ni susahlah cari bunga manggar, semua nak buat jaket letup cam Che Ta”, “Tiba teringat bunga manggar kat kenduri. Kreatif betul”, “Lps ni laku keras bunga manggar kat kedai2”. Itu antara komen netizen.

Menariknya, menjawab sendiri tentang busana itu yang dikatakan seperti menggunakan bahan daripada hiasan bunga manggar, Che Ta di ruangan komen Instagram nya itu membalas: “Lebih kenuqi”. Bermaksud baju bunga manggar nya yang lebih daripada yang ada di kenduri.

Tak kurang pula yang menyambut balasan komen Che Ta itu dengan ketawa. Dalam masa yang sama ada mencadangkan agar Che Ta dilantik menjadi duta 3R yang bermaksud, ‘recycle, reuse & reduce” iaitu suatu kempen menggalakkan kitar semula.

Sempat berjenaka dalam kapsyen hantarannya berkenaan baju itu, tulis Che Ta ‘Ghasa (rasa) nak libaih (libas) dengan jaket bunga manggar ni, hampa jangan macam2″ selain katanya, mana orang kawin tak cukup bunga manggar, boleh minta padanya.

Lucu pula dengan kapsyen Che Ta itu ya. Apa pun Che Ta kenakan di tubuhnya memang nampak elok saja. Bunga manggar pun bunga manggar lah ya Che Ta… Janji helok. Tak dinafikan boleh tahan kreatif perekanya. Ko hado… Nan hado ya tak..

Untuk info, Che Ta sememangnya seorang yang suka melaram ini pernah dik3cam dek nak pergi ke pusat vaks1n bagi mendapatkan svntikan pada pand3mik lalu juga, bergaya habis mengalahkan mereka nak pergi majlis di hotel. Dah retis kan..

Tapi apa salahnya bukan… Bukan dirinya menyusahkan orang lain, bahkan tak guna wang sesiapa pun untuk bergaya. Janji Che Ta senang hati, termasuklah bila bergaya dengan busana ala bunga manggar ini.

Selain terkenal dengan dunia lakonan, Che Ta juga antara selebriti sering mendapat perhatian netizen di medsos. Popular dengan sitkom komedi, aura isteri kepada aktor terkenal dengan Siri “Oh My English, Zain Saidin ini cukup kuat sejak kemunculannya.

Sumber : IG Che Ta

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!