“Mengulit2 Sumayyah tu, suka tgk mata dia” – Netizen

Anak-anaklah yang menjadi sumber penguat kepada ibu ayah, apatah lagi melihat mereka senyum lebar, mengakui bahawa kasih sayang mereka kepada ibu ayah pastinya membuatkan kita lebih gembira dan bersemangat. Senyuman mereka seolah mempunyai aura yang kuat untuk memberikan kita semangat dan motivasi. Pasti setiap ibubapa merasainya. Apatah lagi mereka manja dan sangat memahami situasi ibu dan ayah.

Sumayyah, anak kepada Puteri Sarah dan suami, Syamsul, girang melihat tertawa tatkala ibunya disisi. Sememangnya anak kecil tidak memahami apa yang dilalui oleh ibunya namun melihat ibunya tertawa adalah satu kegembiraan.

Puteri Sarah sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya, diberikan kesenangan dan pendidikan yang lengkap agar anaknya merasai dikasihi. Malah, Puteri Sarah pernah mengatakan bahawa pendidiman adalah sangat penting.

Anak-anaknya menjadi dokt0r, itulah harapan beliau namun jika ia tidak berminat, janji pelajaran yang diutamakan. Itulah katanya. Beliau sangat memahami zaman ini perlunya pendidikan yang tinggi.

Mempunyai sepasang cahaya mata yang comel, pastinya iras daripada ibu dan ayahnya. Syamsul dan Sarah pun seorang yang kacak dan cantik, anak mereka juga comel dan tampan.

Selepas pulang dari umrah, Sarah banyak mempunyai semangat daripada keluarga dan juga keluarga mertua untuk membuatkan keputusan yang tepat untuk rumahtangganya. Seluruh Malaysia sudah tahu hal berikut,jadi tidak perlu diperkatakan lagi.

Ramai yang sentiasa menyokong Sarah, malah ada yang memberikan tips serta berkongsikan pengalaman mempunyai anak diusia demikian. Ramai mengatakan Sumayyah iras Sarah dan abangnya iras ayahnya Syamsul.

Inilah komen komen mereka. Semoga anak-anak menjadi insan berjaya dan menjadi anak-anak soleh dan solehah untuk ibu dan ayah kelak. Lihat komen mereka.

Semua mendoakan yang terbaik untuk Sarah, ramai juga yang sudah tahu hal Sarah, malah ada mendoakan semoga terus menjadi wanita kuat dan tabah. Apatah lagi anak-anak berada disisi.

Sumber; ig puterisarahliyana

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!