“Muka terus berubah lps tiup bubur bersepah, dengan aku sekali terjerit oii” – Netizen

Achey daripada kumpulan pelawak Bocey bukan sahaja dikenali sebagai seorang pelawak, namun beliau juga dikenali sebagai penyanyi apabila mempunyai beberapa lagu popular seperti Saakit dan Yang Terindah. Selain berkebolehan menyanyi, beliau turut berkebolehan mencipta serta menulis lagu kerana lagu single pertama beliau berjudul Yang Terindah adalah lagu hasil ciptaan beliau sepenuhnya yang  telah didedikasikan khas buat isterinya Anne.

Achey atau nama sebenar beliau Mohd Nasir Hamzah mula mendapat tempat sebagai pelawak setelah menjuarai program Bintang Mencari Bintang musim pertama. Beliau kemudiannya bergabung bersama Fad dan Abam untuk membentuk kumpulan Bocey.

Kumpulan Bocey baru-baru ini telah kehilangan salah seorang anggotanya apabila arwh Abam telah mngal dunia sekitar 10 Februari tahun lalu.

Achey dan Fad begitu terkesan apabila kehilangan seorang sahabat baik malahan sudah pun dianggap bagaikan adik beradik sendiri kerana turut melalui zaman jatuh bangun bersama sewaktu cuba untuk membina nama kumpulan Bocey.

Menyingkap sisi peribadi pelawak ini, beliau isteri masih belum dikurniakan anak kandung setelah hampir 11 tahun berumah tangga bersama Anne atau nama sebenar beliau Nor Hasanah Yahaya. Mereka bagaimanapun telah mengambil seorang anak angkat pada tahun 2018 bernama Nur Tiara Zinnirah yang kini berusia 3 tahun.

Adat menjaga anak kecil pasti ada kerenah, gelagat dan ragam yang perlu kita hadapi. Adakalanya sikap anak-anak kecil boleh menguji kesabaran kerana mereka masih tidak tahu samaada tindakan mereka betul atau tidak.

Oleh itu sebagai ibu bapa, kita perlu banyak bersabar dalam melayani kerenah anak-anak. Begitulah yang dilalui oleh Achey ketika sedang menjaga anaknya Tiara sepanjang ketiadaan isterinya.

Menerusi instagram, pelawak itu telah berkongsi satu rakaman video antara beliau dan anaknya Nur Tiara Zinnirah. Achey dan anaknya itu sedang menunggu isteri beliau iaitu Anne sedang mengambil  suntik4n vks1n.

Memandangkan proses mengambil suntik4n vksn tersebut memakan masa yang agak lama, Achey dan anaknya itu berkesempatan menikmati bubur nasi yang dibeli bagi mengisi perut.

Ketika ingin menyuap anaknya Tiara menggunakan sudu, Achey meminta anaknya itu supaya meniup bubur berkenaan terlebih dahulu kerana dibimbangi bubur berkenaan masih lagi panas. Kebetulan anaknya Tiara meniup bubur tersebut dengan agak kuat sehingga berterabur membuatkan Achey secara spontan menjerit “woii”.

Achey dilihat kehilangan kata-kata kerana terkejut dengan kejadian spontan yang berlaku. Achey kemudiannya menghentikan rakaman video tersebut berkemungkinan besar untuk mengemas dan mencuci kembali lebihan bubur yang telah berteraburan di dalam kereta beliau.

Kejadian yang agak mencuit hati netizen itu menyebabkan para pengikut akaun instagram Achey turut mengusik pelawak tersebut. Ada juga netizen yang “mengadu” kepada isteri Achey kerana Achey kelihatan agak marah apabila secara  tidak sengaja mengeluarkan perkataan ‘woii’ kepada anaknya itu.

Sehingga kini video tersebut telah meraih 111,514 ribu jumlah tontonan dan menerima sekitar 160 komen daripada para pengikut akaun instagram Achey. Rata-ratanya meminta Achey bersabar. Berikut dikongsikan beberapa komen netizen terhadap video berkenaan.

Begitulah lumrahnya melayani kerenah anak kecil. Perlu banyak bersabar dan perlu memahami keadaan mereka yang masih belum mengerti apa-apa. Ramai juga nampaknya netizen yang berkongsi pengalaman serupa bersama anak mereka masing-masing.

Kuat betul Tiara tiup sudu tu sampai habis berterabur bubur dalam kereta Achey. Hahahahaha Sabarlah Achey ya.

Sumber : Instagram achey bocey

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright  akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!