“Gelak dia win mcm mummy dia, pandai mummy wasiat gelak awai2” – Netizen

Anak-anak adalah anugerah yang dikurniakan oleh Tuhan. Selalu kita ketahui setiap anak-anak itu punyai kebolehan dan keupayaan mereka tersendiri. Dan kita juga tahu anak-anak kita akan sedikit sebanyak akan mengikuti sesuatu sikap dan sifat kita. Seperti contoh jika ibu atau ayah yang suka melukis atau seorang yang pendiam, pasti ada salah seorang anak-anak akan mengikuti jejak mereka.

Kita ketahui pelakon dan ‘instafamous’, Norreen Iman yang sudahpun punyai 2 orang anak hasil dari perkahwinannya bersama suaminya yanh dikenali sebagai Razzi Razak. Beliau punyai anak sulung perempuan bernama Ellen dan anak bongsu lelaki bernama Eshan.

Apabila sudah punyai anak-anak, masa kecil inilah ibu bapa mengkaji anak-anak mereka punyai personaliti yang bagaimana. Begitu jugalah Norreen yang lebih mengenali personaliti anak-anaknya. Baru-baru ini, Norreen berkongsi satu video ketika Ellen masih kecil.

Di lihat di dalam video tersebut, Ellen sedang menari mengikut rentak lagu yang dipasang dan apabila Norreen tertawakan anaknya, anaknya seperti mengikuti cara ibunya itu tertawa. “Inilah anak perempua saya. Paling ‘cheeky’, kelakar dan paling comel. Tapi dia dah besar sekarang” kata Norreen dalam kapsyen beliau.

Netizen sangat terhibur melihat ‘throwback’ Norren bersama anaknya. Yang paling menjadi perhatian adalah gelak tawa Ellen yang mengikuti jejak ibunya itu rupanya sudah melekat dari kecil lagi. Dan ramai kata Norreen sudah “wasiat”kan awal-awal gelak tawanya kepada Ellen.

Mana tumpah kuahnya kalau tidak ke nasi. Begitulah Ellen sedikit sebanyak mendapat personaliti ibunya yang selalu dilihat sebagai seorang yang ‘happy-go-lucky’ itu. Tidak dinafikan mungkin juga Ellen akan pandai berlakon seperti ibunya pada satu hari kelak.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*