“Azal bayar sendiri barang dia, good boy ibu”- Zarina Zainuddin

Pengorbanan seorang ibu sememangnya tiada tandingan. Tanpa didikan dan tunjuk ajar dari seorang ibu, kita takkan jadi manusia yang berguna seperti sekarang ini. Besarnya pergorbanan ibu dalam hidup kita sejak melahirkan hinggalah membesarkan kita. Sepenat mana pun ibu menjaga kita semasa kita masih bayi, beliau tetap teruskan rutin harian ini demi menjaga kita dan tidak sesekali merungut. Itulah seorang ibu.

Secara umumnya, ramai mengetahui pelakon Zarina Zainuddin mempunyai dua orang anak yang menghidap aut1sme iaitu Azil dan Azal. Tabah dan sabarnya seorang ibu seperti Zarina membesarkan kedua-dua anaknya yang sememangnya agak mencabar. Namun, Zarina tidak sekali pun kelihatan paatah semangat menjaga anak-anaknya.

Malah ada sahaja perkongsian video rutin hariannya bersama anak-anak yang dikongsi Zarina menerusi laman Instagramnya.

Lebih menarik perhatian, baru baru ini Zarina berkongsi video anaknya Azal sudah pandai membeli barang-barang di pasar raya memggunakan duitnya sendiri. Walaupun Azal menghidap Autisme, Azal telah banyak menunjukkan perkembangan yang positif dan berupaya untuk berdikari.

Posting video Azal tersebut telah menjadi perhatian netizen dan rata-rata memberikan reaksi yang positif terhadap Azal. Mereka juga memberi kata-kata semangat buat Azal dan sentiasa mengikuti perkembangannya menerusi laman instagram Zarina.

Dalam pada itu, video Azal telah menerima 13,000 tanda suka dan komen daripada netizen.

Alhamdulillah dah makin bertambah baik progress buat Azal. Azal dah boleh diharap lepas ni kalau nak beli barang nanti hehe..

Sumber: Instagram Zarinazainuddin_

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!