“Ini barulah ciri wanita idaman, xharapkan lelaki” – Netizen

Zarina Zainuddin merupakan seorang pelakon wanita yang aktif membintangi beberapa drama di televisyen sehingga kini. Terkini beliau turut berlakon di dalam sebuah drama terbaru terbitan MIG berjudul Derita untuk Bahagia. Drama berkenaan membariskan teraju utama seperti Amar Baharin, Azar Azmi dan Hafreez Adam. Penggambaran drama berkenaan berdepan dengan pelbagai cabaran ketika musim pndmik.

Antaranya penggambaran terpaksa dihentikan sebanyak dua kali kerana PKP yang dilaksanakan oleh kerajaan. Kali pertama penggambaran ditangguhkan selama dua minggu manakala kali kedua pula sehingga sebulan.

Pelakon Hafreez Adam juga turut berkongsi cabaran beliau yang memerluukan sedikit masa untuk kembali menjiwai watak selepas sebulan penggambaran ditangguhkan.

Penangguhan tersebut juga membuatkan pihak produksi harus menyusun kembali strategi memandangkan tempat penggambaran juga perlu ditukar pada saat akhir.

Walaupun adakalanya penggambaran drama berkenaan memakan masa sehingga subuh, namun para pelakon memberikan kerjasama dan komitmen yang cukup baik antara satu sama lain demi memastikan sesi penggambaran dapat dihabiskan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Zarina Zainuddin yang cukup aktif berinteraksi dengan para peminat di instagram telah berkongsi satu kejadian yang berlaku ketika penggambaran berlangsung.

Zarina memuatnaik sebuah video yang memaparkan teraju utama drama Derita untuk Bahagia iaitu pelakon Azar Azmi telah membantu beliau untuk menukar tayar keretanya ketika beliau dan anak-anak perlu ke lokasi mendapatkan suntik4n v4ksin.

Tambah Zarina lagi urusan menukar tayar keretanya itu dilakukan oleh Azar Azmi seorang diri tanpa mengharapkan sebarang balasan. Malahan pelakon wanita utama drama itu juga hanya meminta supaya Zarina memberikan beliau pulut kuning yang kini diusahakan oleh Zarina sebagai pendapatan sampingan selain daripada berlakon.

Terharu dengan layanan yang diberikan oleh Azar itu, Zarina bertindak memuatnaik video tersebut diinstagram beliau serta memuji kebaikan hati Azar.

Menurut Zarina lagi, seperti yang diminta oleh Azar, beliau akan menghantar pulut kuning kepada pelakon tersebut sebagai tanda berterima kasih diatas pertolongan yang dihulurkan oleh Azar itu.

Rata-rata netizen lelaki juga meluahkan rasa kagum kerana mereka pertama kali melihat wanita menukar tayar kereta dan membuat segalanya sendiri tanpa mengharapkan pertolongan kaaum lelaki.

Netizen juga tidak henti-henti memuji pelakon wanita berkenaan kerana membuat kerja yang kebanyakkannya hanya dilakukan oleh kaaum lelaki.

Netizen juga kagum dengan sikap mulia Azar yang sanggup membantu Zarina menukar tayar kenderaan serta menyuruh Zarina menyelesaikan urusan untuk membawa anak-anak ke pusat v4ksin terlebih dahulu sementara beliau membantu Zarina menukar tayar kereta.

Azar atau nama sebenar beliau Siti Azar Ameerah Azmi itu juga turut mngalkan komen dientri berkenaan kerana terkejut dan tidak menyangka tindakan Zarina yang berkongsikan video kebaikan yang dilakukan oleh beliau tersebut kepada umum.

“Saya pun tak pndai tukar tayar.. kalau jdi macam ni tak taw la nak buat macam mana” – Netizen

“sme la , klu jd cmni kol somi je dtg, prnh juga somi xd jauh , mse tu kete rsk , slmt ad org tumpangkn dgn ank kecik lg mse tu , serem” – Netizen

“saya abg 3 org.. sya pompuan sorang je. So, ayah mmg ajar siap2. Tukaq tyar kereta sendri. Sbb nanti pape boleh buat sendri. “ – Netizen

Bertuah sungguh sesiapa yang menyunting Azar sebagai isteri. Walaupun Azar merahsiakan identiti lelaki yang telah berjaya mencuri hati beliau  namun desas desus Azar kini sedang mengenali hati budi pelakon yang turut membintangi drama Derita Itu Bahagia iaitu Hafreez Adam.

Mulianya hati Azar Azmi kerana sudi membantu Zarina tanpa mengharapkan sebarang balasan. Satu dalam sejuta rakan artis yang macam ni. Tahniah Azar kerana menunjukkan contoh yang baik kepada para peminat beliau. Semoga kebaikan yang dilakukan oleh Azar hari ini akan dibalas oleh kebaikan yang lain pula.

Sumber : ig zarina zainuddin

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!