“Macam remaja sudah si Hayla” – Netizen

Ibarat kakak dan adik. Begitulah yang ramai netizen selalu katakan tatkala melihat selebriti Wawa Zainal dan anak-anaknya. Awet muda yang dimiliki Wawa membuatkan dirinya seakan-akan seperti ‘kakak dan adik’ apabila dengan anak-anaknya. Wawa bersama suaminya, Aeril Zafrel dan anak-anak antara keluarga selebriti yang sentiasa menjadi perhatian netizen.

Lebih-lebih lagi apabila keluarga mereka cukup aktif bermain Tiktok. Dariapda ibu bapa hinggalah anak-anak semuanya serba tahu tentang Tiktok. Video trending pun mereka sentias update tau. Dasyat keluarga Wawa dan Aeril ini.

Seperti baru-baru ini, Wawa membuat salah satu konten di Tiktok selepas anaknya iaitu Hayla memujuk untuk berjoget bersama. Wawa pun ibu yang sporting dengan anak-anak, memang layankan aje kerenah anak kesayangan.

Gelagat Hayla berjoget telah menarik perhatian netizen dan rata-ratanya memuji kecomelan Hayla yang semakin membesar dengan sihat.

Malah video yang dimuatnaik Wawa itu juga telah menerima 418,000 tontonan dan beberapa komen daripada netizen.

Ada juga sebahagian netizen meminta tips berpantang daripada Wawa memandangkan Wawa cukup aktif dengan bekerja meskipun baru melahirkan cahaya mata bongsu.

Wawa pernah menjadi bualan hangat netizen sebelum ini apabila beliau sanggup bekerja di dalam tempoh masih berpantang.

Dalam pada itu, Wawa kini dilihat sibuk dengan kerjayanya sebagai seorang usahawan lebih-lebih lagi dengan produk kosmetik dan terbaru, produk tudung.

Popular produk keluaran Wawa Zainal ini, sebab itu sibuk memanjang Wawa dengan perniagannya.

Sporting tengok Wawa melayan Hayla main Tiktok. Memang satu keluarga kaki Tiktok ni. Tak sabar nak tengok video diorang yang seterusnya.

Sumber: Instagram Wawa Zainal

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!